Sabtu, 28 November 2009

PKS kena keluar produk berdaya saing, inovatif

PKS kena keluar produk berdaya saing, inovatif
Oleh Kamarulzaidi Kamis
kamarulzaidi@bharian.com.my

SYARIKAT Malaysia perlu mengalihkan konsep perniagaan daripada mengeluarkan produk kos rendah kepada yang bermutu tinggi tetapi pada harga berdaya saing jika mahu terus kekal di pasaran, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau menegaskan, dalam sektor perkilangan, syarikat Malaysia tidak boleh lagi bersaing bersandarkan produk berharga murah kerana jika terus berbuat demikian, mereka akan ketinggalan.

“Negara lain seperti China, Vietnam, Thailand dan Indonesia memiliki kos buruh jauh lebih rendah, justeru persaingan dalam kategori itu adalah cukup kuat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Singapura baru-baru ini.

Tiada ulasan: