Membawa “Brand” perniagaan anda kepada pelanggan
Jenama Dunia
Tidak mencukupi jika anda sekadar mempunyai nama dan logo dalam perniagaan anda. Anda perlu membuat perubahan dengan mewujudkan “Brand” yang akan melambangkan identity syarikat anda. Disini, kami lebarkan pengetahuan dan perkongsian untuk anda mengenai “Brand”.
Di Malaysia, jika anda berjalan di bandar atau pasaraya jelas sekali anda akan melihat syarikat yang telah berjaya melalui “brand” –nya sendiri. Seperti KFC, anda akan lihat bagaimana ia membawa brand makanan sehingga kepada suatu nilai yang tinggi. Ia berpegang kepada prinsip. Iaitu keupayaan Brand -KFCDalam membina keupayaan Brand anda sendiri, tidak semestinya memerlukan jutaan ringgit, namun sebagai pemilik syarikat yang kecil, anda juga boleh membina Brand yang membolehkan orang ramai mengenali produk anda.
Kenapa perlu Brand?
Dalam pengenalan “Brand” logo adalah penting. Namun ia bukanlah sesuatu yang terlalu berperanan besar, kerana “Brand” ini merangkumi penglibatan yang luas seperti aliran proses pengeluaran produk, peralatan untuk pemasaran, waimma perkara kecil seperti business card anda. Ini semua akan membina keyakinan pelanggan anda untuk mengenali perniagaan anda melalui “Brand” yang dibawa.
Dalam tahap membina “Brand” ini, ia melihat kepada aspek yang menyeluruh seperti cara anda menjawab telefon, bagaimana berhadapan dengan pelanggan, dan ini akan melambangkan nilai syarikat anda selain daripada keunikan logo anda.
Melalui Brand, perkara yang penting adalah ia dapat menyampaian maklumat mengenai perniagaan anda. Dalam kata lain, jika pelanggan ingat Brand ia akan ingat produk. Contohnya, jika Niaganews.com adalah brand utama: yang menjalankan perkhidmatan pembinaan laman web. Jika terdapat pelanggan yang ingin membina laman web, dia akan teringgat Niaganews.com, dan melalui nama atau brand Niaganews.com pelanggan akan dapat capai maklumat yang Niaganews.com adalah syarikat yang berkeupayaan membina laman web pada harga murah.
Kekuatan Brand ini juga akan memberi peranan yang besar dalam membina rangkaian perniagaan anda. Jika anda dilihat dapat membina brand yangkuat, sudah tentunya ia akan menyakinkan lebih ramai orang. Ini semua bergantung kepada bagaimana anda mencorak brand syarikat anda.
Bagaimana hendak bermula
Dalam memulakan keupayaan “Brand” syarikat, perkara yang perlu diingat ialah anda tidak semestinya berbelanja pada kos yang besar untuk membina “Brand”. Bagi sesebuah syarikat yang kecil, tidak perlulah kepada perbelanjaan yang sehingga menjejaskan keupayaan kewangan syarikat. “Branding” bukanlah sesuatu yang membawa kepada perbelanjaan kos yang besar. Bagi setiap syarikat, ia mempunyai identity dan reputasi yang tersendiri. Ini sudah memadai untuk membina Brand yang kuat. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membina keupayaan reputasi syarikat ke tahap maksimum dan anda juga perlu tahu, ke mana hala tuju syarikat.
Persoalan yang paling besar yang perlu difikirkan dalam membina “Brand” adalah apakah matlamat pembinaan “Brand” dan kenapa pelanggan perlu kepada “Brand” anda. Juga, sebagai usahawan adalah anda bersedia menerima kritikan?. Kritikan ini akan melibatkan pelbagai aspek. Tidak semestinya logo. Kalau logo, anda boleh tukar yang lain dan mungkin masalah yang sama juga akan timbul. So, “Brand” bukan sekadar mencantikkan logo, namun ia mempunyai aspek lain yang perlu diambil perhatian.
Di sebalik Logo
“Branding” adalah sangat penting dan kebanyakkan syarikat telah gagal kerana ia tidak dapat membina keupayaan pemasaran produk dan tidak dapat memikirkan kelainan dalam strategi perniagaan.“Branding” adalah suatu perkara yang abstrak dimana ia bukan sekadar memaparkan imej logo syarikat di papan-papan iklan, dan pengiklanan di media-media. Ia adalah sesuatu pendekatan yang halus yang akan membawa jenama syarikat anda lebih dikenali. “Branding” lebih kepada bagaimana anda mempersembahkan identity syarikat. Melalui business card, tajaan dan memberi khidmat nasihat kepada komuniti masyarakat. Sebagai contoh, syarikat boleh menaja sesuatu program amal tanpa mengharapkan apa-apa balasan, namun disebalik itu ia memberikan anda kredit kepada masyarakat mengenai identity syarikat anda. Bukan hanya kerana anda memiliki syarikat yang kecil dan anda juga berfikiran kecil. Namun, berhati-hati kerana kini ramai orang yang berfikiran terlalu sempit dan suka ambil mudah.
Mudah untuk kita berfikiran sempit, kerana kita tidak mahu sampai ketahap itu. Namun tidak semestinya anda berfikiran besar dan terpaksa berbelanja besar. Fikirkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan