Sabtu, 21 November 2009

Dua Produk Inovatif Terbaharu Buatan Malaysia Ke Pasaran Global

Dua Produk Inovatif Terbaharu Buatan Malaysia Ke Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Dua produk baharu buatan Malaysia, keju sayuran halal dan papan gandaan biosinar mesra alam yang dipertontonkan pada pameran Dagangan Antarabangsa Malaysia 2009 (INTRADE 2009), mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli antarabangsa.

Keju sayuran halal yang dihasilkan daripada minyak sawit dan dipasarkan di bawah jenama D'Qisra, dikeluarkan oleh D'Qisra Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Urusannya, Effendy Yusof, keju sayuran halal itu julung-julung kali di keluarkan di Malaysia hasil penyelidikan dan pembangunan ekstensif pada April lepas.

Effendy berkata produk itu telah menjalani ujian pemasaran pertamannya pada Mei dan kini ia diedarkan di pasaran tempatan melalui pasar raya Mydin dan saluran lain seperti kedai roti dan pasar mini.

D'Qisra dijangka meningkatkan pengeluaran bulanan kepada 50 tan berbanding 1.5 tan sebelumnya bagi memenuhi keperluan pasaran domestik.

Statistik terbaru import keju tahunan Malaysia bernilai hampir RM1.2 bilion. Ini merupakan penunjuk mengenai potensinya yang sangat besar dalam pasaran domestik," katanya.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: