Ahad, 22 November 2009

KEPERLUAN LATIHAN UNTUK PARA PROFESIONAL KEWANGAN

FAKTOR SOSIAL DAN EKONOMI BERI PETANDA ADANYA PERUBAHAN TERHADAP KEPERLUAN LATIHAN UNTUK PARA PROFESIONAL KEWANGAN, KATA ACCA
Friday 20/11/2009

KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2009

Trend sosial dan ekonomi semasa telah mempengaruhi secara mendadak akan keperluan latihan ke atas kerjaya kewangan global, menurut satu laporan terbaru daripada ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants).

Laporan Insight terbaru daripada badan perakaunan ini yang bertajuk “The 2009 Employer Guide to Training Trends in Finance”, menyatakan bahawa tabiat rangkaian sosial masa kini telah menjana permintaan yang tinggi ke atas pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran. Berbanding dengan keputusan yang diperolehi pada tahun lepas, terdapat peningkatan sebanyak 11% bagi jumlah responden yang menyebut tentang kecenderungan terhadap
e-pembelajaran dalam membentuk kemahiran perniagaan mereka.

Simon King, Pengurus Pembangunan Profesional di ACCA dan pengarang bersama laporan itu berkata, “Apa yang dapat kita saksikan ketika ini adalah pengaruh tabiat-tabiat rangkaian sosial ke atas kecenderungan medium pembelajaran pembangunan professional kepada masyarakat. Penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini telah mendapati bahawa lebih banyak masa melayari internet ketika ini dihabiskan untuk tujuan rangkaian (networking) dan penulisan blog berbanding e-mel. Peningkatan ini telah diserap masuk ke dalam kecendurungan pembelajaran.”

Simon King menyambung, “Kerumitan persekitaran perniagaan dan ketidaktentuan keadaan ekonomi semasa telah meningkatkan perhatian terhadap beberapa aktiviti tambah nilai utama yang dilakukan oleh para akauntan. Kepentingan aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung akan mempengaruhi jenis-jenis kemahiran yang ingin dibina oleh mereka. Akauntan-akauntan sedang menguruskan risiko-risiko, memastikan ketahanan perniagaan, dan mereka juga menjadi penjaga kepada pentadbiran korporat dan piawaian etika yang baik.”

Untuk kajian ini, 5,000 ahli ACCA di seluruh dunia telah diminta untuk mengenal pasti jenis-jenis kemahiran yang mereka ingin dipertingkatkan, dan pengurusan risiko dan pengurusan kewangan disenaraikan sebagai yang paling utama. Dari segi pembinaan kemahiran-kemahiran perniagaan, mereka telah mengenal pasti kemahiran-kemahiran analisis(Analysis Skills) sebagai keutamaan nombor satu mereka.

Responden-responden dari Malaysia telah memilih lima jenis topik bagi peningkatan kemahiran perniagaan yang sama seperti yang dipilih peringkat global. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara dalam tahap respon bagi ‘Kemahiran Analisis’, yang telah mencatatkan peratusan jauh lebih tinggi di Malaysia (58%) berbanding global (42%).

Jennifer Lopez, Ketua Negara Bertindak(Acting Country Head) bagi ACCA Malaysia menambah, “Ianya adalah suatu perkara yang menggalakkan untuk mengetahui bahawa peserta-peserta dari Malaysia memberi maklum balas yang baik ke atas e-pembelajaran, memandangkan medium ini diletakkan di lima tangga teratas walaupun tidak tersenarai pada tahun lepas.

Dalam era globalisasi kini, e-pembelajaran merupakan suatu alat penting bagi profesional-profesional kewangan untuk mendapatkan akses kepada laporan dan berita terkini sebagai satu kaedah untuk kekal relevan dan berdaya saing. Keputusan-keputusan yang diperolehi membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya amat peka dan sentiasa mengikut trend-trend global.”

Sambung Simon King: “Keputusan ini merupakan suatu gambaran tentang apa yang dianggap penting dalam perniagaan – pengurusan kewangan yang baik, pengurusan risiko yang teguh dan pengaplikasian pengetahuan kewangan terhadap pembuatan keputusan komersil yang sememangnya dititik beratkan dalam situasi perniagaan masa kini.”

Tambah Jennifer Lopez: “Cabaran utama bagi para profesional perniagaan dan kewangan adalah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan – dengan mengaplikasikan apa yang kami gelar ‘kanta kewangan’ kepada proses pencapaian keputusan perniagaan.

“Pemimpin-pemimpin perniagaan mahukan bantuan dalam usaha ke arah pemulihan, dan ianya bermula dengan memiliki pemahaman sebenar ke atas pendorong-pendorong risiko dan nilai dalam perniagaan. Persekitaran operasi juga lebih rumit ekoran daripada keadaan ekonomi, maka adalah munasabah jika profesional kewangan mahu memantapkan kemahiran pengurusan risiko dan analitikal mereka bagi memenuhi keperluan perniagaan.”

Laporan ini juga menunjukkan bahawa:
· Laporan kewangan, kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan kemahiran pertukaran pengurusan juga telah dikenal pasti sebagai perkara-perkara utama untuk pembangunan.

· Organisasi mesti menawarkan suatu formula yang melibatkan pendekatan-pendekatan pembelajaran, dan e-pembelajaran perlu menjadi sautu komponen dasar bagi tawaran ini. Laporan ini menunjukkan bahawa akauntan-akauntan cenderung untuk memperolehi kemahiran-kemahiran ini dalam persekitaran secara berdepan (face-to-face), tetapi e-pembelajaran semakin mendapat tempat di hati mereka.

· Suatu pendekatan global yang konsisten adalah penting memandangkan penemuan penyelidikan ini telah menunjukkan bahawa apa yang ingin dipelajari oleh akauntan-akauntan dan bagaimana mereka ingin melakukannya adalah konsisten tanpa mengira faktor geografi. Ketika ini, terdapat satu persetujuan ke atas apa yang syarikat-syarikat perlukan daripada jabatan kewangan mereka.

· Ahli-ahli ACCA di Malaysia telah memilih ‘Kewangan Korporat dan Pengurusan Kewangan’ sebagai topik teknikal paling popular yang memerlukan pembangunan lebih lanjut. Topik ini mencatatkan peratusan sebanyak 69% di Malaysia berbanding 60% di peringkat global.

· ‘Kemahiran Analisis’ merupakan topik kemahiran perniagaan yang paling popular dan dianggap memerlukan perkembangan yang lebih. Ia mencatatkan peratusan sebanyak 58% berbanding 45% di peringkat global.


Simon King menyimpulkan bahawa, “Sepanjang tahun 2009, belanjawan untuk gaji dan latihan berada di bawah tekanan. Persekitaran luaran telah memberikan impak yang besar ke atas tuntutan yang diletakkan kepada profesional kewangan dan peranan yang mereka perlu sumbangkan. Akan tetapi, masa yang digunakan untuk mencipta dan melaksanakan sesebuah program pembangunan kakitangan yang sesuai kekal sebagai suatu pelaburan yang sentiasa penting demi masa depan sesebuah organisasi.”

Catatan untuk Editor
1. ACCA adalah sebuah badan global untuk akauntan-akauntan profesional. Kami mensasarkan untuk menyediakan kemahiran berkaitan perniagaan yang menjadi pilihan utama kepada mereka yang komited, berkeupayaan dan bercita-cita untuk mendapatkan kerjaya yang memuaskan dalam bidang perakaunan, kewangan dan pengurusan. Kami mempunyai seramai 362,000 pelajar dan 131,500 ahli di 170 buah negara.
2. Kesemua ahli ACCA yang aktif dalam kerjaya mereka dikehendaki untuk menyertai Perkembangan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD) untuk memastikan mereka mengekalkan dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam persekitaran perniagaan yang dinamik dan mencabar ini. Dengan tumpuan terhadap etika dan pembelajaran serta pembangunan yang relevan, ACCA percaya bahawa CPD bukan sahaja penting kepada pencapaian aspirasi kerjaya tetapi juga merupakan satu tunjang untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat ke atas kerjaya perakaunan.
3. ACCA telah mengambil pendekatan yang fleksibel kepada CPD bagi menghargai kepelbagaian ahli-ahlinya; terdapat 4 cara yang boleh diambil oleh para ahli untuk mencapai CPD dan juga satu set peluang pembelajaran komprehensif yang ditawarkan, termasuklah kursus-kursus secara berdepan (face to face) dan acara-acara rangkaian, kelayakan-kelayakan lanjut, penyelidikan, akses kepada piawaian dalam talian (online), pilihan yang luas bagi jenis-jenis teknikal dan e-pembelajaran perniagaan, dan akhir sekali, pembelajaran maya yang canggih yang disokong oleh teknologi-teknologi terkini.
4. ACCA memahami isu-isu sebenar yang dihadapi oleh perniagaan-perniagaan kecil kerana seramai 63,000 daripada ahli-ahli kami bekerja di Industri Kecil Sederhana (IKS) atau perkongsian-perkongsian kecil di seluruh dunia.
1. Maklumat penuh boleh didapati di laman web ACCA:
http://www.accaglobal.com/pubs/mhc/research/latest/2009trends_finance.pdf
2. Untuk mengakses laporan-laporan lain dalam siri Insight, termasuk Accountants for business, penyelidikan terkini bagi fungsi-fungsi kewangan, sila layari www.accaglobal.com/mhc

SUMBER : ACCA Malaysia Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Ainul Ibrahim
Bilik Berita ACCA
TEL : 03-2713 5051
MOBIL : 019-2869068
EMEL : ainul.ibrahim@my.accaglobal.com

TARIKH SIARAN : 2O NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA

Tiada ulasan: