Sabtu, 28 November 2009

INFO PENGARAH SYARIKAT - AKAUN & CUKAI

INFO PENGARAH SYARIKAT - AKAUN & CUKAI









Gambar hiasan

Kegagalan pengarah untuk menyerahsimpan kepada SSM satu penyata tahunan setiap tahun boleh dikenakan kompaun sebanyak RM200 mengikut seksyen dan peraturan 165(4), dan mengikut seksyen 169(1), kegagalan pengarah membentangkan akaun untung rugi dalam mesyuarat agong tahunan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 maksimum

AKAUN SYARIKAT

Mengikut seksyen 167 Akta Syarikat 1965, pengarah bagi sebuah syarikat bertanggungjawab memastikan bahawa syarikat menyimpan segala rekod perakaunan yang mencukupi untuk menggambarkan transaksi perniagaan yang dijalankan.

Rekod perakaunan perlu cukup untuk mengesahkan kedudukan kewangan syarikat berada dalam keadaan ‘benar dan saksama’ dalam penghasilan penyata untung rugi, dan kunci kira-kira yang diambilkira semasa proses audit. Rekod-rekod ini perlu disimpan sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun.

Setiap tahun juga syarikat perlu membentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan penyata akaun beraudit sebelum dihantar ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Perlantikan Juruaudit syarikat boleh dilakukan dalam tempoh 3 bulan selepas syarikat ditubuhkan.

Kegagalan pengarah untuk menyerahsimpan kepada SSM satu penyata tahunan setiap tahun boleh dikenakan kompaun sebanyak RM200 mengikut seksyen dan peraturan 165(4), dan mengikut seksyen 169(1), kegagalan pengarah membentangkan akaun untung rugi dalam mesyuarat agong tahunan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM3,000 maksimum.

CUKAI SYARIKAT

Sistem taksiran sendiri telah diperkenalkan untuk syarikat pada tahun 2001. Di bawah sistem ini, pengarah syarikat bertanggungjawab untuk mengenalpasti liabiliti cukai syarikat itu sendiri dan mengisi dan menghantar borang cukai, dan membuat bayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Pembayar cukai mestilah memastikan liabiliti cukai yang ditaksirkan adalah betul dan perlu membuat pembayaran mengikut tempoh yang ditetapkan. Namun, ini tidak bermakna pihak LHDN langsung tidak menyemak borang yang telah dihantar. Peratusan tertentu diambilkira untuk dilakukan AUDIT CUKAI yang mana terdapat kemungkinan besar berlakunya kurang lapor pendapatan bercukai, atau salah pengiraan cukai
Syarikat perlulah menyimpan segala rekod dan butir-butir transaksi perniagaan. Ini akan membantu dalam pengesahan mana-mana tuntutan belanja dalam pengiraan cukai yang dibuat dan perlu ditunjukkan semasa syarikat diaudit oleh pihak LHDN.


Mohd Husainy,
MHM ASSOCIATES
Chartered Accountants (NF 0948)
03-41078457 / 012-2160744
www.mhmfirm.com
mhm_01@yahoo.com

Tiada ulasan: