Sabtu, 7 November 2009

Malas usaha punca utama usahawan gagal

KOTA KINABALU 6 Nov. - Sikap malas berusaha merupakan antara kekangan utama yang menghalang misi untuk melahirkan usahawan berjaya di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, masalah itu bukan saja menyusahkan individu terbabit tetapi menjadi cabaran kepada kerajaan dalam melahirkan usahawan berjaya.

"Kebanyakannya mengamalkan sikap mahu terus di puncak kejayaan tanpa bermula dari bawah. Tiada kejayaan yang menggunakan jalan singkat, mereka tidak mahu bekerja keras seperti mana usahawan kaum lain.

"Kita bimbang sikap ini jika tidak dihapuskan akan menyukarkan usaha melahirkan usahawan tulen berjaya," katanya ketika berucap melancarkan program Tunas Mekar peringkat negeri di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ICU JPM, Datuk Shukry Mohd. Salleh; Pegawai Pembangunan Negeri, Matusin Sunsang dan Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Mohd. Kamal Harun.

Program Tunas Mekar dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ia dilaksanakan melalui perkongsian bestari berasaskan sistem mentor antara graduan universiti dan usahawan bagi membangunkan industri kecil dan sederhana.

Ia dikendalikan oleh ICU JPM dengan kerjasama UiTM.

Bagi melaksanakan program ini, graduan yang berkelulusan dalam pelbagai bidang dan berminat dalam keusahawanan akan dipilih dan ditempatkan di syarikat tertentu, bersesuaian dengan kelulusan mereka.

Di bawah program ini, mereka akan berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan usahawan-usahawan berpengalaman bagi menambah nilai produk dan perkhidmatan syarikat berkenaan.

Masidi berkata, sebagai usahawan baru, mereka perlu menghadapi cabaran dan rintangan dalam dunia perniagaan.

Katanya, ia merupakan satu pengalaman berharga dan dapat meletakkan kedudukan seseorang itu pada tahap yang lebih baik berbanding orang lain dalam dunia perniagaan. - utusan.com.my

1 ulasan:

Sandra Ovia Loan Firm berkata...

Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.