Memaparkan catatan dengan label Info Niaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Niaga. Papar semua catatan

Sabtu, 28 November 2009

10 Langkah mendapatkan ramai Pelanggan

10 Langkah mendapatkan ramai Pelanggan
Niaganews









-Gambar Hiasan

Sentiasa berhubung dan membina jaringan pengetahuan yang berterusan. Ini bergantung kepada jenis perniagaan atau perkhidmatan anda. Bina hubungan ini dengan menyertai pelbagai persatuan perniagaan, komuniti masyarakat atau menyertai acara-acara kebajikan yang akan meningkatkan hubungan perniagaan anda dengan masyarakat.

Langkah1: Bina Halaman Web Anda sendiri

Pada masa sekarang, mungkin jarang melihat pengguna dibawah umur 27 tahun menggunakan media cetakan untuk merujuk maklumat terkini. Ini kerana, Internet menjadi medan utama masa kini sebagai rujukan yang membawa hampir 90 peratus penduduk Malaysia mengetahui mengenai Internet. Kini, melalui internet anda perlu membina kekuatan dalam perniagaan iaitu mewujudkan Laman Web sendiri. Membina Laman Web sendiri untuk perniagaan anda tidak perlulah terlalu mahal atau payah kerana kini dengan masa yang singkat anda boleh memiliki halaman web sendiri dengan mudah dan murah seperti ditawarkan di Niaganews.com

Langkah 2: Menjadikan diri anda sebagai Penjual melalui internet.

Semua ketahui eBay atau Mudah.com.my merupakan sistem yang membantu anda untuk membina rangkaian jualan dan mencari pelanggan untuk menjual produk anda. Melalui internet, anda hanya memerlukan sedikit pengetahuan untuk menjadi penjual dengan menjual pelbagai barangan anda sendiri. Contohnya, barangan antic, pakaian lama, kasut lama dan eksosori diri. Semua barangan itu bagaikan ‘emas’ apabila anda mengetahuinya dan dapat menjualnya.

Langkah 3: Sentiasa berhubung.

Bina kekuatan jaringan perniagaan anda. Sentiasa berhubung dan membina jaringan pengetahuan yang berterusan. Ini bergantung kepada jenis perniagaan atau perkhidmatan anda. Bina hubungan ini dengan menyertai pelbagai persatuan perniagaan, komuniti masyarakat atau menyertai acara-acara kebajikan yang akan meningkatkan hubungan perniagaan anda dengan masyarakat. Di Niaganews.com contohnya, anda boleh membina rangkaian perniagaan melalui makluamt syarikat yang dipaparkan dan dari situ anda boleh mencari rakan niaga yang baru!.

Langkah 4: Cuba elakkan terlalu menggunakan Media Massa

“Media Massa : Kecuali anda mempunyai kewangan yang kuat!”. Anda boleh elakkan dari menggunakan media massa (elektronik & cetak) untuk membuat pengiklanan seperti di Suratkhabar, Radio, Telivisyen kerana anda perlu membelanjakan kos yang tinggi untuk meraih tumpuan pelanggan. Ingat! Kos yang terlalu besar tidak menjanjikan peningkatkan jualan anda. Untuk mengelak itu, anda boleh mengiklankan di majalah-majalah yang lebih murah. Seperti majalah yang baru wujud, media internet yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan. Salain itu, anda boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran flyer iklan yang menawarkan perkhidmatan serendan RM500 dan menumpu kepada pelanggan yang berkesan. Yang paling penting, gunakan kekuatan maklumat perniagaan anda dalam membawa mesej kepada pelanggan.

Langkah 5: Bina “Kumpulan Pemikir” Anda

Kumpulan adalah kekuatan dalam membina keupayaan perniagaan. Dalam melayari perniagaan anda, seboleh-bolehnya bentuklah kumpulan perniagaan anda sendiri. Tidak kisahlah jika berlaianan latarbelakang, yang penting bila anda dalam berkumpulan anda boleh berkongsi pengalaman, pendapat dan pengetahuan. Ini semua akan membantu anda dalam meningkatkan ketajaman pemikiran. Ingat!, bila anda ada kumpulan sendiri, masing-masing akan membantu antara satu sama lain. Binalah ukhuwah ini, mungkin 2 kali dalam seminggu berjumpa sambil makan tengahari, minum petang atau makan malam.

Langkah 6: Guna kekuatan Hebahan Berita Perniagaan

Antara cara lain yang mudah dan murah untuk membina kekuatan perniagaan anda ialah melalui hebahan berita perniagaan anda. Hebahan berita kepada pelanggan akan meningkatkan keupayaan capaian maklumat perniagaan anda sehingga 200%. Ini kerana ia memberikan ruang kepada pelanggan untuk membaca dan memahami mengenai berita perniagaan anda. Di Niaganews.com kami memahami dan memberikan kemudahan hebahan berita kepada pelanggan secara percuma. Anda hanya perlu menghantar maklumat perniagaan anda, kami akan sebarkan.

Langkah 7: Pastikan tanya soalan kepada palanggan “Ada apa lagi saya boleh bantu?”

Ingat, melalui sedikit soalan ini anda akan terkejut dengan balasan dari pelanggan anda. Mungkin, dari pesanan yang sedikit anda akan mendapat pesanan yang lebih banyak dari pelanggan anda. Soalan yang mengambil berat perhatian pelanggan merupakan etika yang tinggi dalam perniagaan. Cuba amalkan dan ajar sekali kakitangan anda yang lain.

Langkah 8: Guna Ruang Pengiklanan pada kos yang murah dahulu.

Ruang pengiklanan adalah sangat berkesan untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Cuba dahulu menulis iklan atau memaparkan iklan pada ruangan yang melibatkan kos yang rendah. Barulah pergi ke ruangan yang lebih mahal. Bukan apa, Cuma nak lihat konsep perniagaan anda itu boleh diterima ramai atau tidak. Sebab, banyak perniagaan yang besar kini memulakannya dengan yang kecil dahulu.

Langkah 9: Gunakan kekuatan Maklumat yang sedia ada.

Menulis artikel atau apa jua bentuk hebahan maklumat adalah salah satu kaedah pengiklanan yang kuat dan ini semua anda boleh lakukan tanpa melibatkan sebarang kos. Jika anda mempunyai pengalaman, pengetahuan yang berguna dan boleh dikongsi bersama anda sudah boleh membina kekuatan maklumat tersebut. Dengan kekuatan tersebut, anda boleh berkongsi di Majalah, Suratkhabar, dan Media Online seperti di Niaganews.com

Langkah 10: Layan Pelanggan anda bagai RAJA!

Selain membina kekuatan produk dan perkhidmatan untuk memastikan setiap pesanan pelanggan dapat ditunaikan dengan sempurna, anda perlu meningkatkan atau menambah nilai kepada mutu layanan anda kepada pelanggan. Ini termasuklah dalam pelbagai aspek. Melalui khitmat layanan istimewa kepada pelanggan, insyaallah akan hadirlah pesanan yang bertambah. Cuba lakukan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Membawa “Brand” perniagaan anda kepada pelanggan

Membawa “Brand” perniagaan anda kepada pelanggan










Jenama Dunia

Tidak mencukupi jika anda sekadar mempunyai nama dan logo dalam perniagaan anda. Anda perlu membuat perubahan dengan mewujudkan “Brand” yang akan melambangkan identity syarikat anda. Disini, kami lebarkan pengetahuan dan perkongsian untuk anda mengenai “Brand”.

Di Malaysia, jika anda berjalan di bandar atau pasaraya jelas sekali anda akan melihat syarikat yang telah berjaya melalui “brand” –nya sendiri. Seperti KFC, anda akan lihat bagaimana ia membawa brand makanan sehingga kepada suatu nilai yang tinggi. Ia berpegang kepada prinsip. Iaitu keupayaan Brand -KFCDalam membina keupayaan Brand anda sendiri, tidak semestinya memerlukan jutaan ringgit, namun sebagai pemilik syarikat yang kecil, anda juga boleh membina Brand yang membolehkan orang ramai mengenali produk anda.

Kenapa perlu Brand?

Dalam pengenalan “Brand” logo adalah penting. Namun ia bukanlah sesuatu yang terlalu berperanan besar, kerana “Brand” ini merangkumi penglibatan yang luas seperti aliran proses pengeluaran produk, peralatan untuk pemasaran, waimma perkara kecil seperti business card anda. Ini semua akan membina keyakinan pelanggan anda untuk mengenali perniagaan anda melalui “Brand” yang dibawa.

Dalam tahap membina “Brand” ini, ia melihat kepada aspek yang menyeluruh seperti cara anda menjawab telefon, bagaimana berhadapan dengan pelanggan, dan ini akan melambangkan nilai syarikat anda selain daripada keunikan logo anda.

Melalui Brand, perkara yang penting adalah ia dapat menyampaian maklumat mengenai perniagaan anda. Dalam kata lain, jika pelanggan ingat Brand ia akan ingat produk. Contohnya, jika Niaganews.com adalah brand utama: yang menjalankan perkhidmatan pembinaan laman web. Jika terdapat pelanggan yang ingin membina laman web, dia akan teringgat Niaganews.com, dan melalui nama atau brand Niaganews.com pelanggan akan dapat capai maklumat yang Niaganews.com adalah syarikat yang berkeupayaan membina laman web pada harga murah.

Kekuatan Brand ini juga akan memberi peranan yang besar dalam membina rangkaian perniagaan anda. Jika anda dilihat dapat membina brand yangkuat, sudah tentunya ia akan menyakinkan lebih ramai orang. Ini semua bergantung kepada bagaimana anda mencorak brand syarikat anda.

Bagaimana hendak bermula

Dalam memulakan keupayaan “Brand” syarikat, perkara yang perlu diingat ialah anda tidak semestinya berbelanja pada kos yang besar untuk membina “Brand”. Bagi sesebuah syarikat yang kecil, tidak perlulah kepada perbelanjaan yang sehingga menjejaskan keupayaan kewangan syarikat. “Branding” bukanlah sesuatu yang membawa kepada perbelanjaan kos yang besar. Bagi setiap syarikat, ia mempunyai identity dan reputasi yang tersendiri. Ini sudah memadai untuk membina Brand yang kuat. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan membina keupayaan reputasi syarikat ke tahap maksimum dan anda juga perlu tahu, ke mana hala tuju syarikat.

Persoalan yang paling besar yang perlu difikirkan dalam membina “Brand” adalah apakah matlamat pembinaan “Brand” dan kenapa pelanggan perlu kepada “Brand” anda. Juga, sebagai usahawan adalah anda bersedia menerima kritikan?. Kritikan ini akan melibatkan pelbagai aspek. Tidak semestinya logo. Kalau logo, anda boleh tukar yang lain dan mungkin masalah yang sama juga akan timbul. So, “Brand” bukan sekadar mencantikkan logo, namun ia mempunyai aspek lain yang perlu diambil perhatian.
Di sebalik Logo

“Branding” adalah sangat penting dan kebanyakkan syarikat telah gagal kerana ia tidak dapat membina keupayaan pemasaran produk dan tidak dapat memikirkan kelainan dalam strategi perniagaan.“Branding” adalah suatu perkara yang abstrak dimana ia bukan sekadar memaparkan imej logo syarikat di papan-papan iklan, dan pengiklanan di media-media. Ia adalah sesuatu pendekatan yang halus yang akan membawa jenama syarikat anda lebih dikenali. “Branding” lebih kepada bagaimana anda mempersembahkan identity syarikat. Melalui business card, tajaan dan memberi khidmat nasihat kepada komuniti masyarakat. Sebagai contoh, syarikat boleh menaja sesuatu program amal tanpa mengharapkan apa-apa balasan, namun disebalik itu ia memberikan anda kredit kepada masyarakat mengenai identity syarikat anda. Bukan hanya kerana anda memiliki syarikat yang kecil dan anda juga berfikiran kecil. Namun, berhati-hati kerana kini ramai orang yang berfikiran terlalu sempit dan suka ambil mudah.
Mudah untuk kita berfikiran sempit, kerana kita tidak mahu sampai ketahap itu. Namun tidak semestinya anda berfikiran besar dan terpaksa berbelanja besar. Fikirkan.

Pelajari dari pengalaman : untuk peniaga kecil

Pelajari dari pengalaman : untuk peniaga kecil
Niaganews 08 October, 2008 06:41:00










Gambar Hiasan

Jika anda kekal pada saiz pernigaan yang sederhana anda boleh mengawal aliran wang tanpa gangguan akauntan luar, pengarah lain, atau pemegang saham. Anda juga boleh mengawal dan mengarahkan keupayaan syarikat anda sendiri tanpa gangguan, sebab anda BOSS!

Membuka sesebuah perniaagaan di Malaysia ini tidak akan lari dari sebarang risiko. Tidak kira apa pun yang berlaku, sesebuah perniagaan yang dibina dengan keringkat sendiri perlu diteruskan demi membina sebuah harapan yang lebih menyakinkan. Di sini, kami ingin berkongsi sedikit pengalaman bagi dinilai sebagai seorang usahawan kecil yang membina kejayaan melalui survivor yang sukar.

Bagi seorang usahawan/peniaga kecil TIGA (3) perkara perlu; jika diamalkan akan mengekalkan anda dalam dunia perniagaan.

1. Jangan bina empayar terlalu besar

Maksud disini bukannya tidak mahu lihat pernigaan kecil anda maju dan membesar. Tapi ingat, anda yang membina pernigaan ini dengan keringat dan susah payah sendiri. Jika pergi terlalu besar anda akan alami kesukaran luar jangka. Sebagai contoh, berkenaan pembahagian untung. Jika anda kekal pada saiz pernigaan yang sederhana anda boleh mengawal aliran wang tanpa gangguan akauntan luar, pengarah lain, atau pemegang saham. Anda juga boleh mengawal da mengarahkan keupayaan syarikat anda sendiri tanpa gangguan, sebab anda BOSS! Tapi kalau anda nak fikir sebaliknya, terpulanglah.

2. Elakkan berada di bandar besar

Bagi sesebuah pernigaan yang kecil, perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kawasan operasi. Sebab, kawasan operasi ini memainkan peranan yang penting dalam pelbagai urusan pernigaan, contohnya: kadar sewa pejabat, pelbagai cukai, kos sara hidup tinggi, kos upah tinggi dan banyak lagi. Memang ada fakta menyatakan bandar besar membawa pelanggan yang ramai, tapi anda perlu ingat di setiap pecan kecil atau kawasan luar bandar, anda juga boleh beroperasi dengan mengambil order/tempahan pelanggan di bandar.

3. Bina melalui Keupayaan keluarga sendiri

Perniagaan yang anda buka sendiri, sudah tentunya membawa impian agar ia memberi kebaikkan kepada generasi anda yang akan datang. Perniagaan yang semakin maju akan memerlukan warisan dan kesinambungan pengurusan agar pernigaan anda berterusan. Perlu dipraktikkan untuk membenarkan ahli keluarga anda sendiri yang akan menyambung kesinambungan itu. Bukannya KRONI, tapi anda perlu memilih orang yang dipercayai dan anda sendiri tahu latarbelakangnya, peribadi sosialnya, sikap dan pendidikannya. Anda tidak akan rugi.

Apa perlu buat dengan RM10,000

Apa perlu buat dengan RM10,000
Norzuhaira Ruhanie









Gambar Hiasan

Walau pun ekonomi dalam kegawatan dan nampak goyah, pakar menyarankan supaya tidak berhenti menabung untuk kegunaan masa depan. Contohnya simpanan untuk pendidikan anak. Disiplin meyimpan secara berterusan adalah yang terbaik.

BUKA TABUNG KECEMASAN ANDA

Situasi kelembapan ekonomi yang melanda dunia kini berterusan menyebabkan beberapa sektor seperti export, perusahaan pembuatan dan komoditi mengalami kesukaran untuk meneruskan perniagaan mereka. Adalah amat bijaksana seseorang mempunyai simpanan RM 10,000.00 untuk kegunaan yang belum dikenal pasti dimasa akan datang. Rajen Devadason, dari Secutities Commision-Licensed Financial Planner dengan MAAKL, Mutual Bhd dan CEO of RD WealthCreation Sdn Bhd, berkata. Tabung kecemasan ini akan menjadi sangat penting kepada mereka yang berkemungkinan berhadapan dengan kehilangan kerja disebabkan oleh kelembapan ekonomi dunia. Katanya bagi mereka yang menerima gaji harus mempunyai simpanan kos perbelanjaan sekurang kurangnya untuk tempoh enam bulan dan bagi mereka yang berkerja sendiri ialah dua belas bulan. Tabung simpanan ini harus di simpan dalam akaun simpanan semasa atau simpanan tetap bagi memastikan keselamatan ditahap yang maksima.

TINGKATKAN SIMPANAN ANDA

Walaupun ekonomi dalam kegawatan dan nampak goyah, pakar menyarankan supaya tidak berhenti menabung untuk kegunaan masa depan. Contohnya simpanan untuk pendidikan anak. Disiplin meyimpan secara berterusan adalah yang terbaik. Sekiranya gagal, inilah masanya membetulkan keadaan supaya ianya berada di landasan yang betul.Pada kadar keuntungan 14% setahun , RM 10,000.00 akan bertambah sebanyak RM 18,000.00 dalam masa 15 tahun.Haznah Hamzah yang mengajar dalam bidang Certified Financial Planner (CPF) programme, berkata Ibubapa seharusnya menabung untuk pendidikan anak anak seawal yang mungkin. Beliau mencadangkan mengunakan National Education Saving Scheme (SSPN) sebagai tempat yang terbaik untuk menabung untuk pendidikan anak yang diuruskan oleh National Higher Education Fund Corp. Skim tersebut menawarkan keuntungan tahunan sebanyak 4% sejak 2005, dimana ianya lebih tinggi dari 1.5% sehingga 3.1% ditawarkan oleh bank dalam skim simpanan pendidikan. Simpanan melebihi RM 3,000.00 dalam SSPN juga dikecualikan cukai dan ianya dijamin oleh kerajaan Malaysia.

Sumber: Personal Money, Issue #88 December 2008

Pengurusan Dokumen dan Buku Simpankira Utama

Pengurusan Dokumen dan Buku Simpankira Utama
En. Norani









Account

Maksud dokumen asas ialah bukti bertulis bagi tujuan menyokong sesuatu urusniaga. Ianya digunakan semasa membuat catatan kedalam jernal dan lejar. Berikut ialah jenis-jenis dokumen asas yang perlu diadakan oleh pengusaha perniagaan:-
Dokumen Asas

I. Bil Tunai

Diguna untuk merekod urusniaga jualan secara tunai. Dokumen ini mencatitkan nama pelanggan, tarikh jualan, kuantiti jualan, jumlah jualan, dan cara bayaran samaada dengan tunai atau cek

II. Inbois Jualan

Diguna untuk merekod urusniaga secara kredit (hutang). Dokumen ini mencatit nama pelanggan, tarikh jualan, kuantiti jualan, jumlah jualan dan tempoh bayaran serta syarat kredit yang lain.

III. Resit

Diguna untuk mencatit semua wang tunai dan cek yang diterima oleh syarikat selain daripada jualan tunai. Ia dijadikan bukti penerimaan bayaran daripada pihak yang membayar. Maklumat-maklumat yang dicatitkan pada dokumen ini ialah nama pembayar, tarikh bayaran diterima, tujuan bayaran dan cara bayaran samaada dengan wang tunai atau cek.

IV. Baucer Bayaran

Dokumen dalaman untuk tujuan meluluskan sesuatu pembayaran yang akan dibuat samada melalui tunai atau cek. Hanya orang yang tertentu sahaja dibenarkan meluluskan baucer bayaran ini. Butir-butir yang perlu ada pada dokumen ini ialah nama penerima, tarikh bayaran, jumlah bayaran, cara bayaran samada tunai atau cek, tujuan bayaran dan nama orang yang diberi kuasa untuk meluluskan pembayaran. Untuk tujuan kelulusan pembayaran, bukti pembayaran perlu dilampirkan bersama ini seperti nota tuntutan, inbois pembekal dan sebagainya.

V. Pesanan Belian

Dokumen yang digunakan semasa memesan barang-barang yang hendak dibeli. Ia mengandungi nama pembekal, barang dipesan, spesifikasi, kuantiti yang dipesan, harga dan tarikh serta tempat hantaran.

VI. Nota Hantaran

Dokumen yang memaklumkan penghantaran barangan yang dipesan oleh pembeli. Butir-butir pada dokumen ini ialah nama pelanggan, tarikh hantaran, kuantiti barangan yang dihantar dan pengesahan penerimaan oleh pelanggan.

VII. Nota Debit

Dokumen untuk memaklumkan tindakan debit telah dilakukan keatas akaun pelanggan. Contoh, memaklum pelanggan nilai sebenar jualan kredit adalah melebihi nilai yang dinyatakan dalam inbois yang terdahulu. Butir-butir yangn dicatit dalam dokumen ini ialah, nama pelanggan, tarikh, jumlah yang didebitkan dan sebab-sebab tindakan debit dikenakan.

VIII. Nota Kredit

Dokumen untuk memaklumkan tindakan kredit telah dilakukan keatas akaun pelanggan. Contoh, memaklum pelanggan nilai sebenar jualan kredit adalah kurang daripada nilai yang dinyatakan dalam inbois terdahulu. Butir-butir yang dicatit dalam dokumen ini ialah, nama pelanggan, tarikh, jumlah yang dikreditkan dan sebab-sebab tindakan kredit dikenakan.

IX. Dokumen-dokumen sokongan lain

Dokumen-dokumen sokongan lain yang diterima bagi menyokong dokumen asas diatas perlu disimpan untuk tujuan rujukan. Dokumen sokongan lain adalah seperti bil air, notis tuntutan, bil lektrik, dan lain-lain.

3 Peraturan Mengawal Cash Flow Anda

3 Peraturan Mengawal Cash Flow Anda
Niaganews









Kawal perniagaan anda dari masalah perjalanan kewangan (Cash Flow) melalui tips pengurusan kewangan ini.

Pengurusan Cash Flow yang tidak teratur telah banuyak “membunuh” perniagaan. Menurut kajian, hampir 80% perniagaan yang ‘tutup’ adalah disebabkan oleh masalah pengurusan Cash Flow yang tidak efisyen

Untuk mengelak perkara ini berlaku kepada perniagaan anda, berikut adalah 3 Peraturan untuk menjaga Cash Flow untuk ingatan anda.

Keuntungan(Profit) bukannya Cash untuk anda, ia adalah bentuk akaun.

Akaun adalah lebih kompleks dari apa yang anda fikirkan. Anda tidak boleh menggunakan profit untuk membayar bil-bil anda. Sebenarnya, melalui profit ini, akan menyebabkan anda dibuai ‘mimpi’ indah. Jika anda berniat untuk menggunakan profit sebagai kaedah untuk membayar bil dan pelanggan anda, fikirkan semula. Ini akan membawa kepada ‘penutupan’ perniagaan anda. Jika ini berlaku, anda akan melihat profut tanpa memiliki se-sen pun keuntungan.

Aliran wang bukan intuitif

Jangan berfikir kearah ini. Anda perlu ingat, membuat aktiviti jualan tidak semestinya ia bermakna anda mempunyai wang/keuntungan. Membuat perbelanjaan tidak semestinya bermakna anda telah membuat pelbagai pembayaran. Inventori (Simpanan) disini adalah proses membeli dan anda telah membayarnya, dan ini kemudiannya disimpan sehingga ia menjadi kos jualan untuk akan datang.

Tunai seiring dengan pertumbuhan kewangan anda

Ini sangat penting dan mudah berlaku. Anda selalu mengimpikan perniagaan anda membesar. Kita semua mahukan kearah itu. Pada suatu ketika anda akan berjaya mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dan ini akan menyebabkan pertumbuhan perniagaan anda. Semakin besar perniagaan anda, semakin banyak wang (Tunai) yang akan anda perlukan. Tetapi ingat, anda perlu berhati-hati, semakin banyak wang (Tunai) yang anda gunakan semakin besar pengurusan kewangan anda.

Proses Simpankira peniaga IKS

Proses Simpankira peniaga IKS
Norani Mohd Noor










Gambar Hiasan

Tugas-tugas yang berkaitan dengan perkara diatas merupakan tugas hakiki seorang kerani kewangan/akaun. Semasa membuat pengambilan staf untuk jawatan kerani/kewangan, pastikan calon terbabit faham serta mempunyai kebolehan dalam melaksanakan tugas

Pihak Bank berpendapat sebuah manual mengenai system simpankira perniagaan IKS perlu diadakan yang dapat memberikan manfaat berikut:-

• Memaklumkan kepada pengusaha tentang dokumen dan buku-buku paling minima yang perlu diadakan
• Memamndu staf yang membuat kerja-kerja simpankira tentang kaedah dan peraturan merekod serta mencatat setiap urusniaga mengikut cara yang betul
• Mumudahkan penyediaan penyata kewangan akhir, iaitu Penyata untung/rugi dan Penyata neraca kira-kira. Penyata-penyata ini amat berguna kepada pengusaha untuk tujuan pengawasan prestasi perniagaan masing-masing.
• Dapat memastikan penyata kewangan yang disediakan mempunyai ketetapan yang tinggi. Seterusnya kerenah dan kesulitan semasa mengaudit akaun perniagaan dapat dikurangkan.
• Dapat mendorong pengusaha IKS untuk menggunakan perisian berkomputer yang lebih mudah dan cekap berbanding dengan penyediaan simpankira secara konvensional.

Proses Simpankira Perniagaan IKS
Langkah-langkah yang perlu diikuti semasa membuat simpankira perniagaan:-
• Langkah 1 : Penyediaan dokumen asas
• Langkah 2 : Catatan pada Buku Jernal
• Langkah 3 : Pemindahan ke BUku Lejar
• Langkah 4 : Penyediaan Imbang Duga
• Langkah 5 : Penyediaan Penyata Kewangan

Peraturan membuat catatan:
• Penyediaan dokumen asas
• Disediakan secara harian sebaik sahaja sesuatu urusniaga hendak dilakukan
• Catatan ke buku Jernal
• Dicadang dipindahkan secara harian untuk mengelakkan kemungkinan adanya urusniaga yang tercicir
• Pemindahan ke buku Lejar
• Dicadang dipindahkan sebulan sekali iaitu sempena dengan penutupan akaun perniagaan pada akhir bulan
• Penyediaan imbang duga
• Dicadang dibuat sebulan sekali sebaik sahaja buku Lejar ditutup
• Penyediaan penyata Kewangan
• Dicadang disedia secara bulanan sebaik sahaja imbang duga telah diimbangkan untuk tujuan makluman dan analisis oleh pihak pengurusan

Tugas-tugas yang berkaitan dengan perkara diatas merupakan tugas hakiki seorang kerani kewangan/akaun. Semasa membuat pengambilan staf untuk jawatan kerani/kewangan, pastikan calon terbabit faham serta mempunyai kebolehan dalam melaksanakan tugas-tugas yang disebut diatas.

Para usahawan pula perlu memastikan langkah-langkah diatas dipatuhi sepanjang masa dan meletakkannya diantara senarai tugas atau rutin yang terpenting serta diberi keutamaan yang tinggi.

Kepentingan pengurusan Akaun

Kepentingan pengurusan Akaun
Norani Mohd Nor

Akaun dan kewangan










Akta Syarikat 1965 (bagi Syarikat Sdn Bhd) dan AKta Hasil Dalam Negeri merupakan akta yang menggariskan panalti tersendiri yang boleh dikenakan keatas pengusaha perniagaan yang melanggar Akta perakuanan dan kewangan.

Didapati ramai dikalangan pengusaha IKS gagal mengadakan sistem simpankira perniagaan yang sempurna. Punca kegagalan ini diantaranya ialah:-

1) Kurangnya kesedaran tentang kepentingan mengadakan sistem simpankira perniagaan yang sempurna dikalangan pengusaha-pengusaha utama

2) Tidak mempunyai staf yang cekap dan berkebolehan. Kebanyakkan daripada mereka tidak mampu untuk mengajikan kerani akaun yang berkebolehan. Sebaliknya menyerahkan tugas ini kepada kerani am yang tidak mempunyai pengetahuan tenatang simpankira.

3) Kegagalan pengusaha untuk menghantar staf yang berkenaan mengahdiri latihan yang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang simpankira.

Diantara akibat dan kesulitan yang akan timbul daripada kegagalan pengusaha IKS untuk menyediakan sistem simonakira perniagaan yang sempurna ialah:-

1) Gagal untuk membuat pengawasan yang berkesan ke atas kedudukan kewangan perniagaan menyebabkab perniagaan mengalami masalah kekurangan tunai untuk menampung operasinya

2) Gagal untuk menyiapkan penyata kewangan akhir seperti yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 (bagi Syarikat Sdn Bhd) dan AKta Hasil Dalam Negeri. Kedua-dua akta ini telah menggariskan panalti tersendiri yang boleh dikenakan keatas pengusaha perniagaan yang melanggar Akta ini.

3) Sukar bagi institusi kewangan untuk menimbangkan bantuan kewangan sekiranya pengusaha perniagaan tersebut berbuat demikian kerana ketiadaan penyata kewangan lalu atau penyata kewangan yang dikemukakan tidak tepat.

Apa itu Pengurusan Kewangan?

Apa itu Pengurusan Kewangan?
Niaganews










Perkara yang selalu dilupakan adalah pengurusan cukai dan estate planning. Berapa ramai orang tidak tahu cara tidak membayar cukai dengan cara yang sah dan berapa banyak aset yang tidak dapat dicairkan kerana tidak merancang pembahagian harta.
perancangan kewangan adalah pelan yang komprehensif dan ia bersifat personal. Pelan anda dan pasangan anda pun pasti ada perbezaan. Perancangan kewangan bukan sekadar membeli produk ABC dan dana XYZ.

Apabila disebut maudu’ pengurusan kewangan, ini lah yang perlu anda tahu:

1. Pengurusan Cashflow
2. Perancangan Cukai
3. Pelan Insurans
4. Pelan Pelaburan
5. Pelan Persaraan
6. Estate Planning

Asasnya adalah pengurusan cashflow. Sebab ia akan memberi kesan besar kepada hal-hal lain. Kalau anda gagal melakukan active savings dan tidak mengawal perbelanjaan, sebenarnya anda sendiri mencipta barah kewangan sendiri yang anda akan rasai 20-30 tahun akan datang. Malah, salah guna kad kredit boleh menyebabkan barah itu merebak dalam masa 5-10 tahun sahaja.

Kesilapan seterusnya adalah apabila anda menyamakan pelan insurans, pelan pelaburan dan pelan persaraan dalam satu produk. Baik dalam unit amanah, investment-link insurance dan lain-lain. Pelan-pelan ini sebenarnya adalah lebih dari sekadar anda membeli produk-produk daripada ejen yang mendekati anda.

Perkara yang selalu dilupakan adalah pengurusan cukai dan estate planning. Berapa ramai orang tidak tahu cara tidak membayar cukai dengan cara yang sah dan berapa banyak aset yang tidak dapat dicairkan kerana tidak merancang pembahagian harta.
Dan selaku orang Islam, ada 2 pelan tambahan yang mesti anda masukkan:

1. Pelan Fardhu Haji
2. Pengurusan Zakat

Ingat, perancangan kewangan adalah pelan yang komprehensif dan ia bersifat personal. Pelan anda dan pasangan anda pun pasti ada perbezaan. Perancangan kewangan bukan sekadar membeli produk ABC dan dana XYZ. Itu bukan merancang kewangan, itu namanya anda tolong bayarkan installment kereta mewah ejen tersebut.

Sumber : http://www.pakdi.net/biz/apa-itu-pengurusan-kewangan/

Langkah penting : Menulis Rancangan Perniagaan

Langkah penting : Menulis Rancangan Perniagaan
Niaganews









Gambar Hiasan


Semua ini boleh diibaratkan sebagai senjata utama perniagaan anda dalam usaha untuk memberikan keyakinan kepada pihak pemberi pinjaman seperti Bank atau pelabur. Ia juga berguna kepada perjalanan perniagaan anda untuk menilai tahap kekuatan dan kelemahan perniagaan yang akan diceburi.

Terlalu banyak rancangan perniagaan yang hanya tinggal impian atau dibuat sekadar mimpi tanpa mendatangkan pelbagai hasil yang boleh membawa kepada keuntungan.

Walaupun perkara ini sering berlaku di antara usahawan kita dengan pelbagai alasan, namun jangan ia sekali-kali berlaku kepada Rancangan Perniagaan anda sendiri. Jangan jadikan ia mimpi ‘hangat tahi ayam’!. Dalam membuat rancangan perniagaan, perlu lihat pada KRITIKAL isu, atau perkara yang penting dan ia merujuk kepada perkara yang berkaitan plan perniagaan termasuk struktur organisasi, kewangan, visi, misi dan tujuan sebenar rancangan perniagaan ditulis. Kekuatan isu dan cadangan ini memberikan kesan dan gambaran kepada pelabur, pemilik perniagaan dan bakal pekerja yang akan bersama-sama dalam membina kewujudan dan kejayaan rancangan perniagaan tersebut. Semua ini boleh diibaratkan sebagai senjata utama perniagaan anda dalam usaha untuk memberikan keyakinan kepada pihak pemberi pinjaman seperti Bank atau pelabur. Ia juga berguna kepada perjalanan perniagaan anda untuk menilai tahap kekuatan dan kelemahan perniagaan yang akan diceburi.

Mungkin terdapat pelbagai format untuk membuat sesebuah rancangan perniagaan, namun secara praktikalnya anda perlu mengikut aturan umum yang menggambarkan kekuatan sesebuah rancangan perniagaan. Antaranya mengenai pendekatan atau strategi yang digunapakai, fokus utama dalam setiap perancangan termasuk Visi, pembeli (buyer), bentuk pasaran/corak pasaran, bentuk persekitaran perniagaan (business demographics), persaingan, sasaran, dan juga Cash Flow (aliran tunai).

VISI & OBJEKTIF:

Dalam membina Rancangan Perniagaan, anda perlu melihat kepada sesuatu yang unik dan lain dari yang lain bagi membina suatu kekuatan untuk menghadapi persaingan dari pesaing anda. Visi anda perlu fokus kepada ruang yang boleh anda kuasai dan perlu membina sumber yang membawa kepada pengembangan perniagaan secara tersusun.

Belia dipelawa program Burger Mat Salai

Belia dipelawa program Burger Mat Salai











KIOS burger yang akan digunakan oleh usahawan baru yang menyertai program Burger Mat Salai di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
________________________________________

KEPALA BATAS - Syarikat perniagaan berasaskan kios burger, Mat Salai Sdn. Bhd. (Mat Salai) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur mempelawa lebih ramai usahawan kecil khususnya di kalangan belia di kawasan utara supaya menceburi perniagaan menjual burger dalam usaha menjana pendapatan yang menguntungkan.
Pengedar Tunggal Mat Salai di kawasan utara, Muhammad Mohd. Ali berkata, program berasaskan mentor mentee ini memberi penekanan daripada aspek menawarkan bimbingan, sesi ceramah sehinggalah kepada menjayakan perniagaan yang diceburi kumpulan berkenaan.
"Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan kepada usahawan baru iaitu kios asas (mudah alih) yang berharga RM5,000, kios premium (statik) berharga RM11,000 dan yang terbaru lori bergerak bernilai RM10,000," katanya ketika menyampaikan ceramah kepada peserta Bengkel Usahawan Perniagaan Mat Salai di sini baru-baru ini.
Muhammad menjelaskan sebanyak 50 kios perniagaan tersebut akan dibuka di sekitar Pulau Pinang menjelang bulan depan dan disusuli dengan daerah lain seperti di Perai, Sungai Petani, Kulim, Baling, Langkawi, Jitra, Parit Buntar, Bagan Serai, Selama, Gerik dan Pengkalan Hulu.
Menurutnya, setiap usahawan yang menceburi program berkenaan akan dibekalkan dengan peralatan memasak, pakej promosi dan mereka perlu menghadiri kursus penyediaan makanan termasuk pengurusan perniagaan.

Persatuan Usahawan Wanita Malaysia

Persatuan Usahawan Wanita Malaysia










Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (USAHANITA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan dianggotai oleh Usahawan Wanita Bumiputera
Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (USAHANITA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan dianggotai oleh Usahawan Wanita Bumiputera yang aktif dalam pelbagai bidang perniagaan.

Setakat ini 3,000 orang ahli berdaftar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia di dalam bidang Kontraktor, Pembuatan, Pengimport, Franchise, Informasi Teknologi, Perkhidmatan, Perunding, Pemborong, Jualan Langsung, Pembekal serta Produk Makanan dan Kraft dari Negeri Johor, Pahang, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta 40 Daerah di bawah cawangan negeri masing-masing...

USAHANITA telah menganjurkan seminar perniagaan, sessi perbincangan serta misi perniagaan di dalam dan di luar negara. Disamping mengejar peluang-peluang perniagaan, USAHANITA turut menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial.
Diperingkat antarabangsa, Usahanita juga berinteraksi dengan Persatuan IWAPI dari Indonesia, FICCI dari India. Lawatan sambil berniaga ke Negeri China, INdonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Saudi Arabia dan banyak lagi.

Dibawah payung Federal of Women Enterprenuer Association Malaysia (F.E.M) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, Usahanita juga bergabung dengan persatuan-persatuan usahawan malaysia yang lain seperti Peniagawati, NAWEM, DUID, WAWASANITA dan DPMM. Melalui F.E.M kementerian mengawasi kemajuan ahli-ahli di dalam persatuannya disamping menyalurkan matlamat dan peluang-peluang yang ada.

USAHANITA juga diberi kepercayaan oleh Pihak KPDN & HEP, Kementerian Usahawan & Koperasi, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Matrade, SMIDEC, MARA, Institusi-institusi dan lain-lain untuk bersama-sama menjayakan dan meningkatkan eknomi negara.

Capaian Web Sesawang : http://www.usahanita.com.my

Isnin, 23 November 2009

PENGENALAN KEPADA PEMASARAN

PENGENALAN KEPADA PEMASARAN










1.PENGERTIAN PEMASARAN
2.FUNGSI PEMASARAN
3.OBJEKTIF DAN AKTIVITI PEMASARAN
4.MASALAH PEMASARAN
5.STRATEGI PEMASARAN

MAKSUD PEMASARAN:

- menyalurkan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna akhir.
- tujuannya ialah untuk mencari keuntungan
- barang keluar apabila ada permintaan
- permintaan bergantung kepada keperluan dan kehendak.
- pengeluar menggunakan saluran yang sesuai untuk mempromosikan produk mereka.

PERBEZAAN JUALAN DENGAN PEMASARAN

JUALAN


1.UNTUK KEUNTUNGAN
2.TIDAK AMBIL KIRA KUALITI BARANG.

PEMASARAN

1.BOLEH MEMUASKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK PELANGGAN DAN DAPAT UNTUNG.
2.AMBIL KIRA KUALITI BARANG.

FUNGSI PEMASARAN

1.MEMBANTU PENGELUAR MEWUJUDKAN SISTEM PASARAN YANG CEKAP – MEMPUNYAI GABUNGAN PENGELUAR, PEMBORONG DAN PENIAGA
2. MENINGKATKAN JUALAN ATAU PERMINTAAN.

3.KONSEP PEMASARAN – PENEKANAN YG DIBUAT OLEH PENGELUAR DALAM MEMASARKAN BARANGAN.
4. STRATEGI PEMASARAN – PENGELUAR MENILAI FAKTOR YG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMASARAN.

5,TEKNIK PEMASARAN – TEKNIK UTK MEMASARKAN BARANGAN.
6.AGENSI PEMASARAN – PERANAN YG DIMAINKAN OLEH AGENSI KERAJAAN/SWASTA.

OBJEKTIF DAN AKTIVITI PEMASARAN

OBJEKTIF:

1.sediakan barang/perkhidmatan utk memenuhi keperluan dan kehendak.
2. mendapat keuntungan maksimum
3. Mengharapkan produk lama di pasaran.

AKTIVITI PEMASARAN:

1.PENIAGAAN – membeli dan menjual utk keuntungan
2.PERGUDANGAN – menyimpan dan mengred
3.PENGANGKUTAN – mengagihkan barang
4.PROMOSI – pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti.

MASALAH PEMASARAN

1.PERSAINGAN - mengikut jenis barangan - perlu tonjolkan keistimewaan.
2. KEADAAN EKONOMI - ekonomi naik brg baru mudah dijual - ekonomi turun susah nak jual barang permintaan turun pengeluar rugi.

STRATEGI PEMASARAN

Untuk mendapatkan pelanggan. Terbahagi kepada 2:

a) Sasaran pasaran: siapa pengguna utk tentukan strategi pasaran
b) Campuran pemasaran: 4P

ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN

4 ELEMEN PENTING:

1.Produk
2.Harga
3. Tempat
4.Promosi

1.PRODUK

1.Barangan atau perkhidmatan
2.Perlu memenuhi kehendak dan keperluan.
3.Keuntungan yang maksimum
4.Mempunyai kualiti, jenama,pembungkusan,jaminan dan khidmat sampingan.

Kualiti
Kualiti tinggi untuk menjamin pasaran kepada barangan tersebut. Memuaskan hati pembeli dan pengguna.

Jenama
Penjenamaan membezakan antara satu produk dengan yang lain.

Pembungkusan
Pembungkusan mampu menarik minat pembeli, menjaga kualiti dan mutu. Gunakan plastik, kotak atau bekas plastik.

Jaminan dan khidmat sampingan Pembeli merasa terjamin apabila membeli produk yang dijual. Ada tempat untuk membuat aduan.

2.HARGA

Harga ditentukan mengikut beberapa faktor:
1.Permintaan Permintaan tinggi harga barang boleh meningkat contoh kereta.
2.Kos Kos pengeluaran dan berapa keuntungan boleh menjadi faktor penentuan harga.
3.Berdasarkan jenama mengikut keadaan pasaran

3.TEMPAT

Selesa dan strategik.Ciri-ciri:

i) Jenis perniagaan
- Menentukan tempat perniagaan - Perniagaan runcit.
ii) Modal yang ada - Modal tinggi utk kedai di bandar.
iii) Pesaingan dengan peniaga lain - Perlu mengkaji saiz pesaing, kelebihan dan kekurangannya. - Kalau lokasi banyak pesaing kena usaha cari pelanggan
iv) Jenis pelanggan -meliputi umur, jantina, pendapatan, tingkat perbelanjaan,kebudayaan dan agama.
v) Kemudahan yang ada -Lengkap dengan kemudahan asas
vi) Undang-undang dan kawalan zon -undang-undang ditetapkan oleh majlis kerajaan tempatan, dewan bandaraya dan majlis perbandaran

4.PROMOSI

1.Kaedah, cara untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi orang ramai.
2.Bertujuan utk mewujudkan, mengekalkan dan memperluaskan pasaran bagi sesuatu produk

Aktiviti terbahagi kepada 4:


i) Pengiklanan

a) Iklan penerangan maklumat dan penerangan . Tidak mempengaruhi pembeli. Contoh Pameran dan Ekspo Sains di UM
b) Iklan memujuk maklumat dan penerangan terperinci. Memujuk dan mempengaruhi pembeli untuk membeli . Contoh Smart Shop
c) Iklan mengingat. memastikan pengguna terus menggunakan produk ini. Contoh: Ubat gigi, syampoo

ii) Jualan langsung.
Jurujual datang ke rumah ataupun pejabat.Latihan dan teknik memujuk akan diajar kepada jurujual. Demonstrasi dilakukan untuk menyakinkan pengguna. Contoh …..

iii) Promosi jualan menambahkan kualiti jualan. hadiah percuma, cabutan bertuah dan jualan murah.

iv) Publisiti menggunakan media seperti suratkhabar, tv , radio dan sebagainya.

KEPENTINGAN CAMPURAN PEMASARAN

1.MEMPERKENALKAN PRODUK
2. MENARIK MINAT PEMBELI
3.MENINGKATKAN JUALAN
4.KEUNTUNGAN YANG TINGGI

TEMPAT YG SESUAI UTK PASARKAN PRODUK

1.KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
2. BERHAMPIRAN PELANGGAN
3.KEMUDAHAN PENGANGKUTAN

PILIH PROMOSI YG SESUAI UNTUK TUJUAN PEMASARAN

1.JENIS PRODUK
2.KOS MEMPROMOSI
3.SAIZ PERNIAGAAN
4.GOLONGAN PENGGUNA SASARAN
5.TUJUAN MEMPROMOSI
6.POLISI KERAJAAN
7.LIPUTAN PASARAN