Khamis, 14 Ogos 2008

Perkara asas kejayaan sesebuah perniagaan

Perniagaan mungkin boleh diandaikan sebagai satu seni ataupun sains. Ia melibatkan pengalaman, latihan parktikal, kata putus, penelitian dan juga nasib. Untuk berjaya di dalam perniagaan, anda perlulah berkemahiran di dalam semua ilmu yang berkaitan.
Semua ilmu berniaga boleh dipelajari samada secara pengalaman, menghadiri kursus niaga, pembacaan, internet ataupun melalui kawan. Anda boleh menentukan matlamat anda kecuali adakah anda berkemampuan untuk memperuntukkan masa anda dan juga memenuhi imiginasi niaga anda.
Sekurang-kurangnya ada tiga faktor utama mengapa peniaga gagal dalam usahanya: kekurangan modal ( duit ), kekurangan pengetahuan atau pengalaman niaga dan juga kekurangan sokongan. Memahirkan diri anda dengan asas kejayaan perniagaan yang akan saya terangkan ini, membolehkan anda memperolehi ilmu pengetahuan berniaga yang akan membolehkan anda mendapat sokongan dari keluarga ataupun pemberi modal dan secara tidak langsung membolehkan anda memperolehi modal.
Jadi, teruskan usaha anda dan disertaka di sini perkara-perkara yang anda perlu ketahui sebagai asas kejayaan perniagaan anda.
  1. Pemasaran produk anda. Anda berkeupayaan untuk menentukan dan menjual produk yang betul kepada pelanggan yang betul dan pada masa yang betul juga.
  2. Kewangan. Anda berkeupayaan untuk mendapatkan wang yang secukupnya dan berkeupayaan untuk menguruskannya dengan betul.
  3. Pengeluaran. Anda berkeupayaan mengeluaran produk atau perkhidmatan anda tahap kualiti yang cukup tinggi berbanding produk saingan anda dan berkeupayaan mengeluarannya setiap masa.
  4. Pengedaran. Anda berkeupayaan mengedarkan produk atau perkhidmatan anda di pasaran pada tepat waktunya dan mengikuti fesyen atau kehendak semasa.
  5. Kajian dan Pembangunan produk atau perkhidmatan. Anda berkeupayaan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan produk atau perkhidmatan setiap masa dan mengeluarkan produk baru jika perlu. anda berupaya bersaing dengan keluaran baru pesaing anda dan faham akan 'SWOT Analysis' iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman produk anda dari pesaing anda.
  6. Perundangan. Anda faham dan mampu menunaikan tanggungjawab anda kepada badan pemerintahan di semua peringkat seperti akta perdagangan, lesen perniagaan, KWSP, percukaian,perlindungan insuran, majlis perbandaran dan juga tanda halal.
  7. Buruh. Anda berkeupayaan mencari buruh yang anda mahukan, berurusan dengan kesatuan buruh,latihan kakitangan dan pembangunan organisasi.

Daripada senarai di atas bolehlah kita ringkaskan menjadi berikut:

  • Mempunyai produk atau perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan pasaran semasa
  • Membuat pelan perniagaan terlebih dahulu sebelum beroperasi supaya tahu arah tuju atau matlamat perniagaan kita.
  • Menjalankan analisis pasaran yang lengkap sebelum mengeluaran atau menawarkan produk atau perkhidmatan kita pada umum
  • Melaksanakan kempen pengiklanan, promosi dan program jualan setiap masa.
  • Menetapkan pengawalan kewangan yang betul, amalan budget yang baik, simpan kira-kira dan perakaunan yang tepat. Mesti ada satu sistem yang sama dan boleh diguna pakai bagi semua keadaan.
  • Memastikan bahawa mempunyai kecekapan yang tinggi, kemampuan dan kebolehpercayaan di kalangan semua kakitangan utama.
  • Mempunyai kecekapan dalaman yang baik, pengurusan masa, pengaturan kerja yang jelas disertai dengan output yang boleh diukur dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kakitangan.
  • Membina komunikasi yang berkesan di antara kakitangan syarikat dan polisi pintu terbuka terutamanya di kalangan pengurus syarikat untuk menerima teguran dan kritikanmembina.
  • Menjana momentum yang kuat di jabatan jualan dan menekankan kemahiran pemasaran yang berterusan
  • Mengutamakan pelanggan sebagai satu polisi syarikat
  • Tuan syarikat perlulah meletakkan kesungguhan, usaha yang berterusan tanpa jemu dan kesabaran sebagai keutamaan.

Tiada ulasan: