Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP)
Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.
Antara kegunaan rancangan perniagaan:
Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan
Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan
Membuat kajian pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau sebaliknya
Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap
Kandungan Dalam Rancangan Perniagaan
Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan perniagaan adalah seperti berikut:
1. Jadual kandungan
Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.
2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis
Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan rancangan perniagaan.
3. Pengenalan
Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis, Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan Masa Hadapan.
4. Tujuan Penyediaan RP
Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau tujuan tujuan lain?
5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat
Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang saham syarikat/perniagaan?
6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham
Butir butir pemilik dan pemegan saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini.
7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi
Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Untuk senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan. Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan.
8. Rancangan & Strategi Pemasaran
Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).
Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat - adakah ia lebih tinggi dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?
9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan?
Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan operasi dibuat?
10. Rancangan Kewangan
Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.
Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even analysis).
Rabu, 20 Ogos 2008
Terdapat 7 langkah semuanya menurut tertib
LANGKAH 1
Menentukan Kedudukan Kewangan Sekarang
1) nilai bersih (Aset ditolak Liabiliti) anda sama ada positif atau negatif
2) Alir Tunai Bersih (Pendapatan ditolak perbelanjaan) anda sama ada positif atau negatif.
LANGKAH 2
Menetapkan Matlamat Kewangan
-Menulis wawasan kewangan anda.
Tulisan adalah penting kerana ini akan membuat anda lebih komited.
Contoh ringkas seperti:-
a) Menyelesaikan semua hutang kad kredit dalam setahun.
b) Menyimpan untuk tabungan pendidikan anak sehingga 17 tahun.
c) Menyimpan untuk modal perniagaan dalam masa 2 tahun.
LANGKAH 3
Menyediakan Rancangan Tuju
-Sebarang pelan yg dirancang utk memenuhi matlamat diatas haruslah
fleksibel, mudah cair(liquid) dan bijak cukai (tax advantageous).
LANGKAH 4
Menyimpan rekod
-Mustahak, lambat laun rekod perbelanjaan atau yg berkaitan dgn kewangan perlu digunakan utk urusan percukaian taksiran sendiri atau permohonan pinjaman.
-Anda boleh mengawal dan mengenal pasti aliran wang tunai anda.
-Sebagai perbandingan kepada langkah seterusnyaa iaitu belanjawan anda.
LANGKAH 5
Menyediakan belanjawan
-Pada permulaan belanjawan anda hampir sama dgn rekod alir-tunai anda (dari langkah 4) tetapi bezanya ia bukan satu ‘’sejarah” cara anda membelanjakan wang tetapi satu ”rujukan” untuk apa yg anda rancang untuk berbelanja.
LANGKAH 6
Membaik pulih Hutang Piutang
-Adalah sukar utk hidup bebas hutang di zaman moden ini, lagipun pemilikan rumah memaksa kita terikat kpd pinjaman jangkapanjang. Namun kita boleh mengawal/menguruskan hutang dgn teknik spt pinjaman semula (refinancing), menggunakan kad debit menggantikan kad kredit dan menggabungkan hutang-hutang kpd satu blok kredit (debt consolidation)
LANGKAH 7
Pemantauan
-Sebenarnya proses ini cuma mengulang balik langkah 1 sehingga 6, mengkritik prestasi anda serta membetulkan sebarang pesongan yg mengancam matlamat kewangan anda.
sumber: http://uruswangkita.wordpress.com/2007/12/27/7-langkah-mudah-pengurusan-kewangan/
Menentukan Kedudukan Kewangan Sekarang
1) nilai bersih (Aset ditolak Liabiliti) anda sama ada positif atau negatif
2) Alir Tunai Bersih (Pendapatan ditolak perbelanjaan) anda sama ada positif atau negatif.
LANGKAH 2
Menetapkan Matlamat Kewangan
-Menulis wawasan kewangan anda.
Tulisan adalah penting kerana ini akan membuat anda lebih komited.
Contoh ringkas seperti:-
a) Menyelesaikan semua hutang kad kredit dalam setahun.
b) Menyimpan untuk tabungan pendidikan anak sehingga 17 tahun.
c) Menyimpan untuk modal perniagaan dalam masa 2 tahun.
LANGKAH 3
Menyediakan Rancangan Tuju
-Sebarang pelan yg dirancang utk memenuhi matlamat diatas haruslah
fleksibel, mudah cair(liquid) dan bijak cukai (tax advantageous).
LANGKAH 4
Menyimpan rekod
-Mustahak, lambat laun rekod perbelanjaan atau yg berkaitan dgn kewangan perlu digunakan utk urusan percukaian taksiran sendiri atau permohonan pinjaman.
-Anda boleh mengawal dan mengenal pasti aliran wang tunai anda.
-Sebagai perbandingan kepada langkah seterusnyaa iaitu belanjawan anda.
LANGKAH 5
Menyediakan belanjawan
-Pada permulaan belanjawan anda hampir sama dgn rekod alir-tunai anda (dari langkah 4) tetapi bezanya ia bukan satu ‘’sejarah” cara anda membelanjakan wang tetapi satu ”rujukan” untuk apa yg anda rancang untuk berbelanja.
LANGKAH 6
Membaik pulih Hutang Piutang
-Adalah sukar utk hidup bebas hutang di zaman moden ini, lagipun pemilikan rumah memaksa kita terikat kpd pinjaman jangkapanjang. Namun kita boleh mengawal/menguruskan hutang dgn teknik spt pinjaman semula (refinancing), menggunakan kad debit menggantikan kad kredit dan menggabungkan hutang-hutang kpd satu blok kredit (debt consolidation)
LANGKAH 7
Pemantauan
-Sebenarnya proses ini cuma mengulang balik langkah 1 sehingga 6, mengkritik prestasi anda serta membetulkan sebarang pesongan yg mengancam matlamat kewangan anda.
sumber: http://uruswangkita.wordpress.com/2007/12/27/7-langkah-mudah-pengurusan-kewangan/
Khamis, 14 Ogos 2008
Perkara asas kejayaan sesebuah perniagaan
Perniagaan mungkin boleh diandaikan sebagai satu seni ataupun sains. Ia melibatkan pengalaman, latihan parktikal, kata putus, penelitian dan juga nasib. Untuk berjaya di dalam perniagaan, anda perlulah berkemahiran di dalam semua ilmu yang berkaitan.
Semua ilmu berniaga boleh dipelajari samada secara pengalaman, menghadiri kursus niaga, pembacaan, internet ataupun melalui kawan. Anda boleh menentukan matlamat anda kecuali adakah anda berkemampuan untuk memperuntukkan masa anda dan juga memenuhi imiginasi niaga anda.
Sekurang-kurangnya ada tiga faktor utama mengapa peniaga gagal dalam usahanya: kekurangan modal ( duit ), kekurangan pengetahuan atau pengalaman niaga dan juga kekurangan sokongan. Memahirkan diri anda dengan asas kejayaan perniagaan yang akan saya terangkan ini, membolehkan anda memperolehi ilmu pengetahuan berniaga yang akan membolehkan anda mendapat sokongan dari keluarga ataupun pemberi modal dan secara tidak langsung membolehkan anda memperolehi modal.
Jadi, teruskan usaha anda dan disertaka di sini perkara-perkara yang anda perlu ketahui sebagai asas kejayaan perniagaan anda.
- Pemasaran produk anda. Anda berkeupayaan untuk menentukan dan menjual produk yang betul kepada pelanggan yang betul dan pada masa yang betul juga.
- Kewangan. Anda berkeupayaan untuk mendapatkan wang yang secukupnya dan berkeupayaan untuk menguruskannya dengan betul.
- Pengeluaran. Anda berkeupayaan mengeluaran produk atau perkhidmatan anda tahap kualiti yang cukup tinggi berbanding produk saingan anda dan berkeupayaan mengeluarannya setiap masa.
- Pengedaran. Anda berkeupayaan mengedarkan produk atau perkhidmatan anda di pasaran pada tepat waktunya dan mengikuti fesyen atau kehendak semasa.
- Kajian dan Pembangunan produk atau perkhidmatan. Anda berkeupayaan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan produk atau perkhidmatan setiap masa dan mengeluarkan produk baru jika perlu. anda berupaya bersaing dengan keluaran baru pesaing anda dan faham akan 'SWOT Analysis' iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman produk anda dari pesaing anda.
- Perundangan. Anda faham dan mampu menunaikan tanggungjawab anda kepada badan pemerintahan di semua peringkat seperti akta perdagangan, lesen perniagaan, KWSP, percukaian,perlindungan insuran, majlis perbandaran dan juga tanda halal.
- Buruh. Anda berkeupayaan mencari buruh yang anda mahukan, berurusan dengan kesatuan buruh,latihan kakitangan dan pembangunan organisasi.
Daripada senarai di atas bolehlah kita ringkaskan menjadi berikut:
- Mempunyai produk atau perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan pasaran semasa
- Membuat pelan perniagaan terlebih dahulu sebelum beroperasi supaya tahu arah tuju atau matlamat perniagaan kita.
- Menjalankan analisis pasaran yang lengkap sebelum mengeluaran atau menawarkan produk atau perkhidmatan kita pada umum
- Melaksanakan kempen pengiklanan, promosi dan program jualan setiap masa.
- Menetapkan pengawalan kewangan yang betul, amalan budget yang baik, simpan kira-kira dan perakaunan yang tepat. Mesti ada satu sistem yang sama dan boleh diguna pakai bagi semua keadaan.
- Memastikan bahawa mempunyai kecekapan yang tinggi, kemampuan dan kebolehpercayaan di kalangan semua kakitangan utama.
- Mempunyai kecekapan dalaman yang baik, pengurusan masa, pengaturan kerja yang jelas disertai dengan output yang boleh diukur dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kakitangan.
- Membina komunikasi yang berkesan di antara kakitangan syarikat dan polisi pintu terbuka terutamanya di kalangan pengurus syarikat untuk menerima teguran dan kritikanmembina.
- Menjana momentum yang kuat di jabatan jualan dan menekankan kemahiran pemasaran yang berterusan
- Mengutamakan pelanggan sebagai satu polisi syarikat
- Tuan syarikat perlulah meletakkan kesungguhan, usaha yang berterusan tanpa jemu dan kesabaran sebagai keutamaan.
10 langkah ke arah perkhidmatan pelanggan yang berkesan
Cuba ingat kembali apakah anda pernah mengalami pengalaman membeli yang menyakitkan hati. Saya pernah mengalaminya beberapa kali dan di antaranya ialah bila saya ingin membeli kereta proton. Saya telah nyatakan pada penjual berkenaan akan kehendak saya tetapi penjual berkenaan telah cuba menjual kereta lain yang katanya boleh diserahkan pada saya pada bila-bila masa saja berbanding kereta yang saya mahukan mungkin mengambil masa beberapa bulan. Penjual juga telah memperendahkan mutu kereta yang saya cuba beli itu dari segi kegunaan minyak dan ruang. Penjual itu tidak mendengar apa yang saya mahukan dan akibatnya dia telah terlepas satu jualan begitu saja.
Pengalaman yang begini adalah berkaitan rapat dengan perkhidmatan pelanggan. Kurang cekapnya penjual untuk melayani kehendak pelanggan akan mengakibatkan pelanggan akan lari dan mencari penjual lain yang lebih memahami kehendak mereka. Perkidmatan pelanggan yang baik adalah satu kemestian kepada semua peniaga. Di sini saya sertakan sebahagian darinya.
- Bersedia untuk melakukan perkhidmatan yang berkualiti. Setiap kakitangan di dalam syarikat kita dikehendaki menumpukan perhatian untuk membina pengalaman berurusan yang positif kepada pelanggan kita. Selalu cuba untuk melakukan perkhidmatan pelanggan yang melampaui apa yang pelanggan harapkan.
- Kenali produk atau perkhidmatan yang anda jual dengan baik sekali. Menyampaikan maklumat produk atau perkhidmatan anda secara yang betul akan membantu anda untuk memenangi keyakinan dan kepercayaan pelanggan anda. Kenali produk anda, perkhidmatan, polisi, jaminan dari dalaman dan luaran.
- Kenali siapa pelanggan anda. Cuba belajar segalanya semampu anda mengenai latarbelakang pelanggan anda supaya anda boleh mengubahsuai pendekatan kempen penjualan anda ke arah kehendak dan tingkah laku pembeli.Selalu bersembang dengan pelanggan anda dan dengar masalah yang dihadapinya. Dengan ini anda akan berupaya mendapatkan fakta mengenai ketidakpuasan hati pelanggan terhadap anda atau produk anda dari akar umbi.
- Layan pelanggan anda dengan hormat dan berbudi bahasa. Ingat setiap hubungan anda dengan pelanggan samada melalui telefon, email, surat atau bersemuka, tinggalkan mereka dengan ingatan yang mendalam tentang anda. Gunakan perkataan "minta maaf kerana membuatkan anda menunggu," "terima kasih di atas pembelian anda," "sila datang kembali," "saya hari ini amat berbangga membantu anda,"
- Jangan bertengkar dengan pelanggan. Tentunya anda mengetahuinya bahawa 'pelanggan selalunya benar'. daripada anda cuba untuk bertengkar dengar pelanggan, adalah lebih baik anda membetulkan keadaan yang salah itu. Kajian mengatakan 7 daripada 10 pelanggan akan kembali kepada anda sekiranya anda berjaya menyelesaikan masalah mereka.
- Jangan biarkan pelangggan anda ternanti-nanti. Membaiki kerosakkan, mengganti barangan rosak, panggilan balik, fax atau email perlulah disegerakan. Pelanggan mahukan tindakkan segera dan jika anda berupaya memenuhi kehendak mereka, anda berkemungkinan akan mendapat jualan ulangan.Kajian menyatakan bahawa 95% daripada pelanggan yang tidak berpuas hati akan terus berurusan dengan syarikat berkenaan jika aduan mereka dapat diselesaikan dengan segera.
- Berikan apa yang anda janjikan.Gagal melakukan tugas ini anda akan kehilangan kepercayaan dan pelanggan.Jika anda berjanji penghantaran produk dalam masa satu hari, lakukan segera. Sekiranya anda gagal lakukan, segera memohon maaf dan terangkan masalah kelewatan yang boleh diterima akal kepada pelanggan anda.Berikan sedikit pemotongan harga ,cenderahati ataupun penghantaran secara percuma.
- Andaikan pelanggan anda selalu berkata benar. Walaupun kadang-kala pelanggan bercakap bohong ataupun menyusahkan anda. Berikan apa yang mereka mahukan tanpa banyak soal. Kebanyakkan pelanggan tidak suka membuat aduan sekiranya mereka tidak puas hati dengan produk atau perkhidmatan anda. Mereka akan memilih untuk membeli di tempat lain.
- Fokus untuk membina pelanggan dari membina jualan. Kebanyakkan jurujual yang berorientasikan komisyen akan memfokus kepada jualan semata-mata. Perlu diingat bahawa menjaga perniagaaan sedia ada adalah lebih baik dari menbina jualan. Kajian menyatakan bahawa kos mencari pelanggan baru adalah 6 kali lebih mahal dari memperkembangkan pelanggan sedia ada.
- Jadikan aktibiti pembelian pelanggan di syarikat anda mudah dan selesa. Samada di kedai anda, website atau melalui katalog mestilah mudah dan senang dilakukan oleh pelanggan. Tolong pelanggan memenuhi keperluan mereka tanpa bersusah payah, terangkan bagaimana produk anda boleh membantu mereka dan juga bagaimana anda boleh membantu mereka untuk
Langgan:
Catatan (Atom)