Sabtu, 28 November 2009

Persatuan Usahawan Wanita Malaysia

Persatuan Usahawan Wanita Malaysia










Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (USAHANITA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan dianggotai oleh Usahawan Wanita Bumiputera
Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera (USAHANITA) telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan dianggotai oleh Usahawan Wanita Bumiputera yang aktif dalam pelbagai bidang perniagaan.

Setakat ini 3,000 orang ahli berdaftar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia di dalam bidang Kontraktor, Pembuatan, Pengimport, Franchise, Informasi Teknologi, Perkhidmatan, Perunding, Pemborong, Jualan Langsung, Pembekal serta Produk Makanan dan Kraft dari Negeri Johor, Pahang, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka serta 40 Daerah di bawah cawangan negeri masing-masing...

USAHANITA telah menganjurkan seminar perniagaan, sessi perbincangan serta misi perniagaan di dalam dan di luar negara. Disamping mengejar peluang-peluang perniagaan, USAHANITA turut menganjurkan pelbagai acara kebajikan dan sosial.
Diperingkat antarabangsa, Usahanita juga berinteraksi dengan Persatuan IWAPI dari Indonesia, FICCI dari India. Lawatan sambil berniaga ke Negeri China, INdonesia, Thailand, Vietnam, Brunei, Saudi Arabia dan banyak lagi.

Dibawah payung Federal of Women Enterprenuer Association Malaysia (F.E.M) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, Usahanita juga bergabung dengan persatuan-persatuan usahawan malaysia yang lain seperti Peniagawati, NAWEM, DUID, WAWASANITA dan DPMM. Melalui F.E.M kementerian mengawasi kemajuan ahli-ahli di dalam persatuannya disamping menyalurkan matlamat dan peluang-peluang yang ada.

USAHANITA juga diberi kepercayaan oleh Pihak KPDN & HEP, Kementerian Usahawan & Koperasi, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Matrade, SMIDEC, MARA, Institusi-institusi dan lain-lain untuk bersama-sama menjayakan dan meningkatkan eknomi negara.

Capaian Web Sesawang : http://www.usahanita.com.my

Isnin, 23 November 2009

PENGENALAN KEPADA PEMASARAN

PENGENALAN KEPADA PEMASARAN










1.PENGERTIAN PEMASARAN
2.FUNGSI PEMASARAN
3.OBJEKTIF DAN AKTIVITI PEMASARAN
4.MASALAH PEMASARAN
5.STRATEGI PEMASARAN

MAKSUD PEMASARAN:

- menyalurkan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna akhir.
- tujuannya ialah untuk mencari keuntungan
- barang keluar apabila ada permintaan
- permintaan bergantung kepada keperluan dan kehendak.
- pengeluar menggunakan saluran yang sesuai untuk mempromosikan produk mereka.

PERBEZAAN JUALAN DENGAN PEMASARAN

JUALAN


1.UNTUK KEUNTUNGAN
2.TIDAK AMBIL KIRA KUALITI BARANG.

PEMASARAN

1.BOLEH MEMUASKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK PELANGGAN DAN DAPAT UNTUNG.
2.AMBIL KIRA KUALITI BARANG.

FUNGSI PEMASARAN

1.MEMBANTU PENGELUAR MEWUJUDKAN SISTEM PASARAN YANG CEKAP – MEMPUNYAI GABUNGAN PENGELUAR, PEMBORONG DAN PENIAGA
2. MENINGKATKAN JUALAN ATAU PERMINTAAN.

3.KONSEP PEMASARAN – PENEKANAN YG DIBUAT OLEH PENGELUAR DALAM MEMASARKAN BARANGAN.
4. STRATEGI PEMASARAN – PENGELUAR MENILAI FAKTOR YG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMASARAN.

5,TEKNIK PEMASARAN – TEKNIK UTK MEMASARKAN BARANGAN.
6.AGENSI PEMASARAN – PERANAN YG DIMAINKAN OLEH AGENSI KERAJAAN/SWASTA.

OBJEKTIF DAN AKTIVITI PEMASARAN

OBJEKTIF:

1.sediakan barang/perkhidmatan utk memenuhi keperluan dan kehendak.
2. mendapat keuntungan maksimum
3. Mengharapkan produk lama di pasaran.

AKTIVITI PEMASARAN:

1.PENIAGAAN – membeli dan menjual utk keuntungan
2.PERGUDANGAN – menyimpan dan mengred
3.PENGANGKUTAN – mengagihkan barang
4.PROMOSI – pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti.

MASALAH PEMASARAN

1.PERSAINGAN - mengikut jenis barangan - perlu tonjolkan keistimewaan.
2. KEADAAN EKONOMI - ekonomi naik brg baru mudah dijual - ekonomi turun susah nak jual barang permintaan turun pengeluar rugi.

STRATEGI PEMASARAN

Untuk mendapatkan pelanggan. Terbahagi kepada 2:

a) Sasaran pasaran: siapa pengguna utk tentukan strategi pasaran
b) Campuran pemasaran: 4P

ELEMEN CAMPURAN PEMASARAN

4 ELEMEN PENTING:

1.Produk
2.Harga
3. Tempat
4.Promosi

1.PRODUK

1.Barangan atau perkhidmatan
2.Perlu memenuhi kehendak dan keperluan.
3.Keuntungan yang maksimum
4.Mempunyai kualiti, jenama,pembungkusan,jaminan dan khidmat sampingan.

Kualiti
Kualiti tinggi untuk menjamin pasaran kepada barangan tersebut. Memuaskan hati pembeli dan pengguna.

Jenama
Penjenamaan membezakan antara satu produk dengan yang lain.

Pembungkusan
Pembungkusan mampu menarik minat pembeli, menjaga kualiti dan mutu. Gunakan plastik, kotak atau bekas plastik.

Jaminan dan khidmat sampingan Pembeli merasa terjamin apabila membeli produk yang dijual. Ada tempat untuk membuat aduan.

2.HARGA

Harga ditentukan mengikut beberapa faktor:
1.Permintaan Permintaan tinggi harga barang boleh meningkat contoh kereta.
2.Kos Kos pengeluaran dan berapa keuntungan boleh menjadi faktor penentuan harga.
3.Berdasarkan jenama mengikut keadaan pasaran

3.TEMPAT

Selesa dan strategik.Ciri-ciri:

i) Jenis perniagaan
- Menentukan tempat perniagaan - Perniagaan runcit.
ii) Modal yang ada - Modal tinggi utk kedai di bandar.
iii) Pesaingan dengan peniaga lain - Perlu mengkaji saiz pesaing, kelebihan dan kekurangannya. - Kalau lokasi banyak pesaing kena usaha cari pelanggan
iv) Jenis pelanggan -meliputi umur, jantina, pendapatan, tingkat perbelanjaan,kebudayaan dan agama.
v) Kemudahan yang ada -Lengkap dengan kemudahan asas
vi) Undang-undang dan kawalan zon -undang-undang ditetapkan oleh majlis kerajaan tempatan, dewan bandaraya dan majlis perbandaran

4.PROMOSI

1.Kaedah, cara untuk memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi orang ramai.
2.Bertujuan utk mewujudkan, mengekalkan dan memperluaskan pasaran bagi sesuatu produk

Aktiviti terbahagi kepada 4:


i) Pengiklanan

a) Iklan penerangan maklumat dan penerangan . Tidak mempengaruhi pembeli. Contoh Pameran dan Ekspo Sains di UM
b) Iklan memujuk maklumat dan penerangan terperinci. Memujuk dan mempengaruhi pembeli untuk membeli . Contoh Smart Shop
c) Iklan mengingat. memastikan pengguna terus menggunakan produk ini. Contoh: Ubat gigi, syampoo

ii) Jualan langsung.
Jurujual datang ke rumah ataupun pejabat.Latihan dan teknik memujuk akan diajar kepada jurujual. Demonstrasi dilakukan untuk menyakinkan pengguna. Contoh …..

iii) Promosi jualan menambahkan kualiti jualan. hadiah percuma, cabutan bertuah dan jualan murah.

iv) Publisiti menggunakan media seperti suratkhabar, tv , radio dan sebagainya.

KEPENTINGAN CAMPURAN PEMASARAN

1.MEMPERKENALKAN PRODUK
2. MENARIK MINAT PEMBELI
3.MENINGKATKAN JUALAN
4.KEUNTUNGAN YANG TINGGI

TEMPAT YG SESUAI UTK PASARKAN PRODUK

1.KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR
2. BERHAMPIRAN PELANGGAN
3.KEMUDAHAN PENGANGKUTAN

PILIH PROMOSI YG SESUAI UNTUK TUJUAN PEMASARAN

1.JENIS PRODUK
2.KOS MEMPROMOSI
3.SAIZ PERNIAGAAN
4.GOLONGAN PENGGUNA SASARAN
5.TUJUAN MEMPROMOSI
6.POLISI KERAJAAN
7.LIPUTAN PASARAN

Ahad, 22 November 2009

KEPERLUAN LATIHAN UNTUK PARA PROFESIONAL KEWANGAN

FAKTOR SOSIAL DAN EKONOMI BERI PETANDA ADANYA PERUBAHAN TERHADAP KEPERLUAN LATIHAN UNTUK PARA PROFESIONAL KEWANGAN, KATA ACCA
Friday 20/11/2009

KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2009

Trend sosial dan ekonomi semasa telah mempengaruhi secara mendadak akan keperluan latihan ke atas kerjaya kewangan global, menurut satu laporan terbaru daripada ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants).

Laporan Insight terbaru daripada badan perakaunan ini yang bertajuk “The 2009 Employer Guide to Training Trends in Finance”, menyatakan bahawa tabiat rangkaian sosial masa kini telah menjana permintaan yang tinggi ke atas pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran. Berbanding dengan keputusan yang diperolehi pada tahun lepas, terdapat peningkatan sebanyak 11% bagi jumlah responden yang menyebut tentang kecenderungan terhadap
e-pembelajaran dalam membentuk kemahiran perniagaan mereka.

Simon King, Pengurus Pembangunan Profesional di ACCA dan pengarang bersama laporan itu berkata, “Apa yang dapat kita saksikan ketika ini adalah pengaruh tabiat-tabiat rangkaian sosial ke atas kecenderungan medium pembelajaran pembangunan professional kepada masyarakat. Penyelidikan yang dijalankan baru-baru ini telah mendapati bahawa lebih banyak masa melayari internet ketika ini dihabiskan untuk tujuan rangkaian (networking) dan penulisan blog berbanding e-mel. Peningkatan ini telah diserap masuk ke dalam kecendurungan pembelajaran.”

Simon King menyambung, “Kerumitan persekitaran perniagaan dan ketidaktentuan keadaan ekonomi semasa telah meningkatkan perhatian terhadap beberapa aktiviti tambah nilai utama yang dilakukan oleh para akauntan. Kepentingan aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung akan mempengaruhi jenis-jenis kemahiran yang ingin dibina oleh mereka. Akauntan-akauntan sedang menguruskan risiko-risiko, memastikan ketahanan perniagaan, dan mereka juga menjadi penjaga kepada pentadbiran korporat dan piawaian etika yang baik.”

Untuk kajian ini, 5,000 ahli ACCA di seluruh dunia telah diminta untuk mengenal pasti jenis-jenis kemahiran yang mereka ingin dipertingkatkan, dan pengurusan risiko dan pengurusan kewangan disenaraikan sebagai yang paling utama. Dari segi pembinaan kemahiran-kemahiran perniagaan, mereka telah mengenal pasti kemahiran-kemahiran analisis(Analysis Skills) sebagai keutamaan nombor satu mereka.

Responden-responden dari Malaysia telah memilih lima jenis topik bagi peningkatan kemahiran perniagaan yang sama seperti yang dipilih peringkat global. Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara dalam tahap respon bagi ‘Kemahiran Analisis’, yang telah mencatatkan peratusan jauh lebih tinggi di Malaysia (58%) berbanding global (42%).

Jennifer Lopez, Ketua Negara Bertindak(Acting Country Head) bagi ACCA Malaysia menambah, “Ianya adalah suatu perkara yang menggalakkan untuk mengetahui bahawa peserta-peserta dari Malaysia memberi maklum balas yang baik ke atas e-pembelajaran, memandangkan medium ini diletakkan di lima tangga teratas walaupun tidak tersenarai pada tahun lepas.

Dalam era globalisasi kini, e-pembelajaran merupakan suatu alat penting bagi profesional-profesional kewangan untuk mendapatkan akses kepada laporan dan berita terkini sebagai satu kaedah untuk kekal relevan dan berdaya saing. Keputusan-keputusan yang diperolehi membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya amat peka dan sentiasa mengikut trend-trend global.”

Sambung Simon King: “Keputusan ini merupakan suatu gambaran tentang apa yang dianggap penting dalam perniagaan – pengurusan kewangan yang baik, pengurusan risiko yang teguh dan pengaplikasian pengetahuan kewangan terhadap pembuatan keputusan komersil yang sememangnya dititik beratkan dalam situasi perniagaan masa kini.”

Tambah Jennifer Lopez: “Cabaran utama bagi para profesional perniagaan dan kewangan adalah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan – dengan mengaplikasikan apa yang kami gelar ‘kanta kewangan’ kepada proses pencapaian keputusan perniagaan.

“Pemimpin-pemimpin perniagaan mahukan bantuan dalam usaha ke arah pemulihan, dan ianya bermula dengan memiliki pemahaman sebenar ke atas pendorong-pendorong risiko dan nilai dalam perniagaan. Persekitaran operasi juga lebih rumit ekoran daripada keadaan ekonomi, maka adalah munasabah jika profesional kewangan mahu memantapkan kemahiran pengurusan risiko dan analitikal mereka bagi memenuhi keperluan perniagaan.”

Laporan ini juga menunjukkan bahawa:
· Laporan kewangan, kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan kemahiran pertukaran pengurusan juga telah dikenal pasti sebagai perkara-perkara utama untuk pembangunan.

· Organisasi mesti menawarkan suatu formula yang melibatkan pendekatan-pendekatan pembelajaran, dan e-pembelajaran perlu menjadi sautu komponen dasar bagi tawaran ini. Laporan ini menunjukkan bahawa akauntan-akauntan cenderung untuk memperolehi kemahiran-kemahiran ini dalam persekitaran secara berdepan (face-to-face), tetapi e-pembelajaran semakin mendapat tempat di hati mereka.

· Suatu pendekatan global yang konsisten adalah penting memandangkan penemuan penyelidikan ini telah menunjukkan bahawa apa yang ingin dipelajari oleh akauntan-akauntan dan bagaimana mereka ingin melakukannya adalah konsisten tanpa mengira faktor geografi. Ketika ini, terdapat satu persetujuan ke atas apa yang syarikat-syarikat perlukan daripada jabatan kewangan mereka.

· Ahli-ahli ACCA di Malaysia telah memilih ‘Kewangan Korporat dan Pengurusan Kewangan’ sebagai topik teknikal paling popular yang memerlukan pembangunan lebih lanjut. Topik ini mencatatkan peratusan sebanyak 69% di Malaysia berbanding 60% di peringkat global.

· ‘Kemahiran Analisis’ merupakan topik kemahiran perniagaan yang paling popular dan dianggap memerlukan perkembangan yang lebih. Ia mencatatkan peratusan sebanyak 58% berbanding 45% di peringkat global.


Simon King menyimpulkan bahawa, “Sepanjang tahun 2009, belanjawan untuk gaji dan latihan berada di bawah tekanan. Persekitaran luaran telah memberikan impak yang besar ke atas tuntutan yang diletakkan kepada profesional kewangan dan peranan yang mereka perlu sumbangkan. Akan tetapi, masa yang digunakan untuk mencipta dan melaksanakan sesebuah program pembangunan kakitangan yang sesuai kekal sebagai suatu pelaburan yang sentiasa penting demi masa depan sesebuah organisasi.”

Catatan untuk Editor
1. ACCA adalah sebuah badan global untuk akauntan-akauntan profesional. Kami mensasarkan untuk menyediakan kemahiran berkaitan perniagaan yang menjadi pilihan utama kepada mereka yang komited, berkeupayaan dan bercita-cita untuk mendapatkan kerjaya yang memuaskan dalam bidang perakaunan, kewangan dan pengurusan. Kami mempunyai seramai 362,000 pelajar dan 131,500 ahli di 170 buah negara.
2. Kesemua ahli ACCA yang aktif dalam kerjaya mereka dikehendaki untuk menyertai Perkembangan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD) untuk memastikan mereka mengekalkan dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam persekitaran perniagaan yang dinamik dan mencabar ini. Dengan tumpuan terhadap etika dan pembelajaran serta pembangunan yang relevan, ACCA percaya bahawa CPD bukan sahaja penting kepada pencapaian aspirasi kerjaya tetapi juga merupakan satu tunjang untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat ke atas kerjaya perakaunan.
3. ACCA telah mengambil pendekatan yang fleksibel kepada CPD bagi menghargai kepelbagaian ahli-ahlinya; terdapat 4 cara yang boleh diambil oleh para ahli untuk mencapai CPD dan juga satu set peluang pembelajaran komprehensif yang ditawarkan, termasuklah kursus-kursus secara berdepan (face to face) dan acara-acara rangkaian, kelayakan-kelayakan lanjut, penyelidikan, akses kepada piawaian dalam talian (online), pilihan yang luas bagi jenis-jenis teknikal dan e-pembelajaran perniagaan, dan akhir sekali, pembelajaran maya yang canggih yang disokong oleh teknologi-teknologi terkini.
4. ACCA memahami isu-isu sebenar yang dihadapi oleh perniagaan-perniagaan kecil kerana seramai 63,000 daripada ahli-ahli kami bekerja di Industri Kecil Sederhana (IKS) atau perkongsian-perkongsian kecil di seluruh dunia.
1. Maklumat penuh boleh didapati di laman web ACCA:
http://www.accaglobal.com/pubs/mhc/research/latest/2009trends_finance.pdf
2. Untuk mengakses laporan-laporan lain dalam siri Insight, termasuk Accountants for business, penyelidikan terkini bagi fungsi-fungsi kewangan, sila layari www.accaglobal.com/mhc

SUMBER : ACCA Malaysia Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : Ainul Ibrahim
Bilik Berita ACCA
TEL : 03-2713 5051
MOBIL : 019-2869068
EMEL : ainul.ibrahim@my.accaglobal.com

TARIKH SIARAN : 2O NOVEMBER 2009
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA

Sabtu, 21 November 2009

Kerajaan Tumpu Promosi Jenama Berkualiti

Kerajaan Tumpu Promosi Jenama Berkualiti

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kerajaan menumpu untuk mempromosikan jenama berkualiti bagi membina kesetiaan pengguna dan membezakan produk dan perkhidmatan Malaysia dalam pasaran.

Penjenamaan lebih daripada hanya sekadar mengiklankan nama atau logo, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Usaha mendapatkan kualiti seumpama itu memerlukan penambahbaikan yang penuh teliti, terutamanya dalam reka bentuk, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran produk, katanya pada malam anugerah 30 Jenama Paling Bernilai Malaysia, hari Jumaat.

Gabungan identiti dan kualiti yang padu akan memberi prospek baik bagi mengukuhkan kemampanan jenama Malaysia dalam pasaran, katanya.

Bagi membantu syarikat-syarikat menyepadukan penjenamaan ke dalam strategi dan amalan perniagaan mereka, Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan syarikat Malaysia mencipta dan membangunkan jenama produk dan perkhidmatan mereka.

Salah satunya Program Pembangunan Jenama-PKS yang bertujuan membantu syarikat mengubah produk dan perkhidmatan mereka bagi mencapai kualiti dan keandalan yang lebih tinggi serta meningkatkan pembungkusan, agar ia mampu menjadi satu jenama yang unggul, katanya.

Selain itu, geran juga disediakan kepada syarikat-syarikat bagi pembangunan dan promosi jenama Malaysia dalam pasaran antarabangsa.

Sementara itu, Direktori Jenama Malaysia memprofil jenama utama Malaysia, terutamanya dalam mengketengahkan produk bernilai kukuh, serta tarikan globalnya.

Pelbagai insentif juga disediakan bagi aktiviti penggalakan eksport dan promosi jenama, katanya.

Pertumbuhan jenama Malaysia yang dianggap lebih antarabangsa akan mengukuhkan lagi reputasi Malaysia bagi produk berkualiti dan meningkatkan kedudukan negara dalam pasaran global.

Ini sejajar dengan strategi Kerajaan untuk menggalakkan syarikat Malaysia menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeluaran global dengan mengembang ke pasaran luar negara bagi memanfaatkan peluang dan mendapatkan teknologi baharu, katanya.

Sementara itu, Public Bank Bhd, dengan nilai jenama RM6.593 bilion, muncul sebagai jenama paling bernilai negara.

Public Bank merupakan satu daripada lima jenama dalam senarai yang bernilai sekurang-kurangnya AS$1 bilion. Jenama lain ialah Maybank, CIMB, Celcom dan Parkson.

-- Bernama

Cari Pasaran Khusus Bagi Produk Unik

Musa Mahu Sektor Pembuatan Cari Pasaran Khusus Bagi Produk Unik









KOTA KINABALU, 20 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta sektor pembuatan di negeri itu mencari pasaran khusus bagi beberapa produk unik negeri itu dalam usaha menjadi lebih inovatif.

Katanya industri pembuatan mesti melabur dalam penyelidikan dan pembangunan serta berkerjasama dengan institusi penyelidikan untuk menghasilkan produk baharu yang menarik minat pengguna.

"Dengan menambah nilai kepada produk dan melabur dalam pakej menarik serta memahami trend pasaran, saya pasti industri pembuatan Sabah akan berkembang," katanya pada majlis Malam Persekutuan Pekilangan-Pekilang Sabah (FSM), malam Jumaat.

Musa berkata walaupun kerajaan melaksanakan peranannya dalam menangani isu-isu berkaitan pekilangan, pengusaha dalam sektor itu wajar mengikuti trend dan menkaji kehendak pasaran.

"Industri pertanian di Sabah sangat maju dan ia semakin terkenal kerana aktiviti akuakulturnya.

"Terdapat rangkaian produk hiliran yang boleh dihasilkan menerusi sektor-sektor itu yang boleh diguna untuk meningkatkan kedudukannya di rantau ini," katanya.

Musa berkata kerajaan negeri telah melantik FSM untuk meneraju Kumpulan Kerja Teknikal bagi Infstruktur.

"FSM bersama dewan perniagaan, persatuan dan peneraju industri utama seperti KKIP Sdn Bhd dan POIC Sdn Bhd, telah mengemukakan isu-isu serta cabaran yang menjejaskan industri itu serta mencadangan tindakan untuk meningkatkan infrastruktur di negeri ini.

"Permohonan itu meliputi keperluan membaiki infrastruktur, termasuk lapangan terbang, pelabuhan, jalan dan landasan kereta api, jambatan, selain sistem pembentungan dan saliran kawasan perindustrian," katanya.

Musa berkata kerajaan akan menimbang semua cadangan dan maklum balas daripada sektor swasta sebelum membuat perubahan terhadap dasar, syarat dan peraturan membabitkan industri dan orang ramai.

Beliau juga mendorong FSM supaya terus mempromosikan Sabah melalui Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE) yang dianjurkan bersama Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI).

SIE kini lebih besar dan bertambah baik dari segi penglibatan, pengaruh jualan dan jumlah pengunjung, dan SIE telah menyediakan manfaat ekonomi jangka pendek dan panjang kepada Sabah dan ia petanda baik dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan dan dagangan, kata Ketua Menteri.

-- BERNAMA

Dua Produk Inovatif Terbaharu Buatan Malaysia Ke Pasaran Global

Dua Produk Inovatif Terbaharu Buatan Malaysia Ke Pasaran Global

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Dua produk baharu buatan Malaysia, keju sayuran halal dan papan gandaan biosinar mesra alam yang dipertontonkan pada pameran Dagangan Antarabangsa Malaysia 2009 (INTRADE 2009), mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli antarabangsa.

Keju sayuran halal yang dihasilkan daripada minyak sawit dan dipasarkan di bawah jenama D'Qisra, dikeluarkan oleh D'Qisra Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Urusannya, Effendy Yusof, keju sayuran halal itu julung-julung kali di keluarkan di Malaysia hasil penyelidikan dan pembangunan ekstensif pada April lepas.

Effendy berkata produk itu telah menjalani ujian pemasaran pertamannya pada Mei dan kini ia diedarkan di pasaran tempatan melalui pasar raya Mydin dan saluran lain seperti kedai roti dan pasar mini.

D'Qisra dijangka meningkatkan pengeluaran bulanan kepada 50 tan berbanding 1.5 tan sebelumnya bagi memenuhi keperluan pasaran domestik.

Statistik terbaru import keju tahunan Malaysia bernilai hampir RM1.2 bilion. Ini merupakan penunjuk mengenai potensinya yang sangat besar dalam pasaran domestik," katanya.

-- BERNAMA

Sabtu, 7 November 2009

Malas usaha punca utama usahawan gagal

KOTA KINABALU 6 Nov. - Sikap malas berusaha merupakan antara kekangan utama yang menghalang misi untuk melahirkan usahawan berjaya di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, masalah itu bukan saja menyusahkan individu terbabit tetapi menjadi cabaran kepada kerajaan dalam melahirkan usahawan berjaya.

"Kebanyakannya mengamalkan sikap mahu terus di puncak kejayaan tanpa bermula dari bawah. Tiada kejayaan yang menggunakan jalan singkat, mereka tidak mahu bekerja keras seperti mana usahawan kaum lain.

"Kita bimbang sikap ini jika tidak dihapuskan akan menyukarkan usaha melahirkan usahawan tulen berjaya," katanya ketika berucap melancarkan program Tunas Mekar peringkat negeri di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ICU JPM, Datuk Shukry Mohd. Salleh; Pegawai Pembangunan Negeri, Matusin Sunsang dan Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Mohd. Kamal Harun.

Program Tunas Mekar dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ia dilaksanakan melalui perkongsian bestari berasaskan sistem mentor antara graduan universiti dan usahawan bagi membangunkan industri kecil dan sederhana.

Ia dikendalikan oleh ICU JPM dengan kerjasama UiTM.

Bagi melaksanakan program ini, graduan yang berkelulusan dalam pelbagai bidang dan berminat dalam keusahawanan akan dipilih dan ditempatkan di syarikat tertentu, bersesuaian dengan kelulusan mereka.

Di bawah program ini, mereka akan berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan usahawan-usahawan berpengalaman bagi menambah nilai produk dan perkhidmatan syarikat berkenaan.

Masidi berkata, sebagai usahawan baru, mereka perlu menghadapi cabaran dan rintangan dalam dunia perniagaan.

Katanya, ia merupakan satu pengalaman berharga dan dapat meletakkan kedudukan seseorang itu pada tahap yang lebih baik berbanding orang lain dalam dunia perniagaan. - utusan.com.my